HomeIsu tempatanKeunikan Sabung Labuk hiasi tudung bertatahkan batu Swarovski

Keunikan Sabung Labuk hiasi tudung bertatahkan batu Swarovski

Read Time:1 Minute, 10 Second

Kota Kinabalu : Keunikan pakaian tradisional ‘Sabung Labuk’ dari etnik Dusun Labuk memberi ilham kepada seorang usahawan muda untuk mengenakan tudung bawal ratu yang dihiasi dengan batu Swarovski.

Eva Olivia Johnius,31,mengakui sanggup membelanjakan lebih RM3,000 untuk mengenakan batu Swarovski yang bermotifkan ‘Sabung Labuk’ pada sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah baru-baru ini.

“Kali pertama saya melihat Sabung Labuk adalah ketika menghadiri perayaan Pesta Kaamatan di Telupid bersama suami saya tahun lalu. Saya tertarik dengan keunikannya dan motif bunga berwarna-warni yang disulam dengan tangan.

“Saya diberitahu bahawa membuat pakaian tradisional ini sangat mencabar dan memerlukan banyak kesabaran serta kemahiran untuk menyiapkan sulaman berkenaan. Ia mengambil masa berbulan-bulan untuk menyiapkan satu set pakaian wanita, itulah sebabnya ia sangat mahal,” katanya.

Eva berkata, dia mengambil keputusan untuk menyewa sepasang baju Sabung Labuk kerana kekangan masa untuk membuat tempahan selain turut membeli beg tangan bersulamkan motif Sabung Labuk dari seorang usahawan di Telupid.

Katanya yang juga stokis sah bawal ratu di ibu negeri turut mengakui tudung yang dikenakan itu boleh disesuaikan dengan sebarang motif etnik.

Difahamkan Baju Sabung Labuk hanya boleh disulam menggunakan tangan dan tidak boleh digunakan menggunakan mesin sulam bagi menjaga identiti.

Komuniti Dusun (atau Kadazan) Labuk kebanyakannya ditemui di daerah Beluran dan Telupid di negeri ini

Sabung Labuk yang berasal dari Kampung Kuala Sapi, Beluran bukan sekadar pakaian tradisional tetapi juga simbol budaya, sejarah, dan tradisi Dusun Labuk. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS perkukuh penyelidikan Ekonomi Biru dan keselamatan maritim Sabah 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular