HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan bot nelayan tempatan atas kesalahan imigresen

Maritim Malaysia tahan bot nelayan tempatan atas kesalahan imigresen

Read Time:50 Second

Sandakan :  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot nelayan tempatan yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen di sini, semalam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, bot tersebut ditahan di kedudukan 0.4 batu nautika Selatan Pulau Berhala pada jam 6.40 petang.

“Hasil pemeriksaan, tekong dan dua awak-awak warga Indonesia mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah manakala lima lagi awak-awak berusia 18 hingga 34 tahun disyaki berbangsa Palauh mengemukakan dokumen pengenalan diri yang meragukan.

“Kesemua suspek serta bot diiringi ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia. Kes disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Suhairy turut mengingatkan agar komuniti maritim sentiasa bekerjasama dengan pihak Maritim Malaysia dalam menyalurkan sebarang maklumat berkaitan dengan aktiviti menyalahi undang-undang atau kecemasan di laut dengan menghubungi terus bilik operasi 24 jam Zon Maritim Sandakan di talian 089-229504 atau talian MERS 999. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Idola Darau’ akan dikembangkan lagi tahun depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular