HomeIsu tempatanSebuah dewan bakal dibina di DUN Pintasan untuk kegunaan masyarakat

Sebuah dewan bakal dibina di DUN Pintasan untuk kegunaan masyarakat

Read Time:41 Second

Kota Belud : Sebuah dewan serbaguna dijangka akan dibina di kawasasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan Datuk Fairuz Renddan berkata, pembinaan dewan Tobisa yang kini dalam pertimbangan untuk dilaksanakan itu dianggarkan bernilai RM2 juta.

“Sudah tentu pembinaan dewan Tobisa ini akan memudahkan lagi penganjuran majlis dan program yang ada di dalam kawasan DUN Pintasan.

“Dewan ini boleh memuatkan antara 2,000 hingga 3,000 orang dalam satu masa.  InsyaAllah bukan sahaja untuk warga Tobisa tapi seluruh DUN Pintasan juga boleh menggunakan dewan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penyerahan Geran Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS) dan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) di Padang Belia Kampung Pantai Emas, di sini.

Majlis penyerahan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Program Rakan BORNEENSIS 2024 pupuk kelestarian alam semula jadi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular