HomeUtamaWanita maut, 2 cedera, kereta terbabas ke longkang

Wanita maut, 2 cedera, kereta terbabas ke longkang

Read Time:1 Minute, 9 Second

PAPAR: Seorang wanita maut manakala dua lagi mengalami cedera ringan selepas kenderaan yang dinaiki terbabas ke dalam longkang di Kampung Kawang, Kinarut petang kelmarin (3 Jun).

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 mengenai kemalangan itu pada jam 4.46 petang.

“Sebaik menerima laporan, pasukan bomba seramai 11 orang anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Komander Operasi PBK II Mohd Hamdani Mohd Harith melaporkan, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Pesona telah hilang kawalan akibat permukaan jalan raya yang licin lalu terbabas sendiri ke longkang. Jarak dari jalan raya ke longkang adalah lebih kurang 50 meter,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, dalam kemalangan itu terdapat seorang wanita berusia 44 tahun telah tercampak keluar dari kenderaan.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian. Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Manakala terdapat dua lagi mangsa lelaki berusia 16 dan 39 tahun mengalami kecederaan ringan.

“Salah seorang mangsa telah dikeluarkan daripada kenderaan oleh Pasukan Bomba dengan menggunakan peralatan menyelamat. Seorang lagi mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan Bomba tiba di lokasi.

“Kedua-dua mangsa telah diberikan perawatan awal oleh anggota Unit EMRS sebelum dihantar ke Hospital Papar dengan menaiki ambulans KKM bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

PPS hasrat perkasa wanita muda sebagai pelapis dalam pembuat keputusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular