HomeUtamaJejak IPT inisiatif KPT elak pelajar SPM tercicir pelajaran

Jejak IPT inisiatif KPT elak pelajar SPM tercicir pelajaran

Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil inisiatif menjejaki pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi termasuk mengikuti program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Timbalan Menteri Pendidikan Tingggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, inisiatif menerusi pelaksanaan Jejak Institut Pengajian Tinggi (IPT) itu menyasarkan pelajar yang belum membuat pembelian nombor pin UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN).

“Hari ini kita  mengadakan program yang kita kenali sebagai Jejak IPT dimana kita menjejaki pelajar yang belum lagi membeli UPU Online dan adik Amar antara yang terpilih berdasarkan data yang kita ada.

“Berdasarkan keputusan SPM, dia layak untuk masuk mana-mana institusi TVET kita dan juga mungkin ada IPT yang boleh mempertimbangkan, kita tidak mahu ada anak-anak kita ini tercicir dari terus belajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahan Pin UPU kepada Ammar Amsyar Rasman di Taman Bukit Setia di sini pagi tadi.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, pihaknya turut berkolaborasi dengan pihak sekolah bagi mengenalpasti pelajar yang terlibat.

“Untuk hari ini, saya melawat empat buah rumah tapi saya dimaklumkan ada lebih kurang 100 lebih pelajar yang dikenal pasti dan ini akan dimaklumkan melalui sekolah masing-masing.  Kita akan bantu untuk dapatkan pin ini.

“Ini yang kita lakukan di KPT, kita tidak mahu anak-anak ini tercicir seterusnya mahu mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, Mustapha juga mengalu-alukan masyarakat khususnya di sekitar Kota Kinabalu untuk hadir ke program Jom Masuk U di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah pada Sabtu dan Ahad ini.

“Kita harap semua masyarakat khususnya lepasan SPM untuk datang melihat sendiri kursus-kursus yang ditawarkan.  Saya difahamkan ada 56 reruai disediakan dan semua IPT awam dan swasta akan turut serta,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bersatu dalam meraikan kepelbagaian dan kepercayaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular