HomeSukanKejohanan 'Varsity Chess Championship' 12 Jun ini

Kejohanan ‘Varsity Chess Championship’ 12 Jun ini

Read Time:47 Second

Kota Kinabalu : Pusat Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mengadakan Kejohanan Varsity Chess Championship bertempat di Dewan Bankuasi UMS pada 12 hingga 15 Jun ini.

Pengarah Pusat Sukan UMS, Ahmadi Nurdin berkata, Varsity Chess Championship pada edisi kedua tersebut akan mempertandingkan dua kategori iaitu ‘Rapid & Blitz’  bagi institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta kategori ‘Rapid’ bagi kategori sekolah menengah.

“Diharapkan dengan penganjuran ini akan mampu meningkatkan mutu sukan catur di samping melahirkan pemain-pemain catur yang cemerlang.

“Terima kasih kami ucapkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang memberikan peluang kepada UMS sebagai penganjur. 

“Diharap kerjasama erat antara universiti awam dan swasta serta sekolah-sekolah di Sabah dapat merealisasikan matlamat dan objektif kejohanan kali ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, seramai 150 peserta yang akan turut serta pada kejohanan kali ini.

Majlis perasmian penutupan kejohanan tersebut akan dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan KPT, Datuk  Dr. Pekan Ramli. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Sukan

Lebih 1,500 meriahkan HSN daerah Putatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular