HomeUtamaPemandu lori maut tersepit bahagian bawah 'dump lorry'

Pemandu lori maut tersepit bahagian bawah ‘dump lorry’

Read Time:49 Second

TUARAN: Seorang pemandu lori maut tersepit di bahagian bawah (dump lorry) semasa memeriksa keadaan lori selepas membuang muatan tanah dalam kejadian di Kampung Taginambur Kiulu, Jalan Ranau-Tuaran petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 1.51 petang tadi (8 Jun).

“Komander Operasi PBK II Mahmud Jumah bersama pasukan tiba di lokasi kejadian mendapati seorang mangsa pemandu lori Tipper 5 tan tersepit di bahagian bawah (dump lorry) semasa memeriksa keadaan lori selepas membuang muatan tanah.

“Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba, bagaimanapun mangsa seorang lelaki berumur 35 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 3.28 petang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

JUM bantu usahawan muda Membakut tahun depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular