HomeIsu tempatan3,068 sertai aktiviti 'Celebrights' Raya dan Kaamatan di CPS

3,068 sertai aktiviti ‘Celebrights’ Raya dan Kaamatan di CPS

Read Time:1 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu: Perayaan ‘Celebrights’ Raya dan Kaamatan di Centre Point Sabah  (CPS) berakhir dengan kejayaan besar apabila menarik seramai 3,068 penyertaan ke pelbagai aktiviti yang disediakan.

CPS dalam satu kenyataan berkata, pertandingan ‘CP Voice Up!’ mempamerkan bakat vokal luar biasa dari peserta tempatan. Pertandingan ini menerima sekitar 58 peserta yang menunjukkan relevansi pertandingan semasa musim Kaamatan. 

Kategori Dewasa CP Voice Up! dimenangi oleh Mamat San Ambu, 36, dari Tenom. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, trofi dan perjanjian rakaman single. 

Sementara itu, Andrey Mark Rikson dari Kota Marudu, menjadi johan dalam Kategori Remaja, membawa pulang hadiah wang tunai RM500, trofi dan perjanjian rakaman single.

Selain itu, seramai 48 peseta menyertaiacara ‘Little Glam Kaamatan’ menampilkan kanak-kanak perempuan yang comel dalam pakaian tradisional, mengagumkan penonton dengan kreativiti dan gaya mereka. 

Althea Cassandra Wyona, 11, dari Kota Belud dinobatkan sebagai juara Little Glam Kaamatan 2024, memenangi hadiah wang tunai RM600, selempang, hamper, dan mahkota. 

Naib johan adalah Syasha Alaysia, 12, dari Kampung Pomotodon, Inanam dan tempat ketiga adalah Penelope Jenesia Jenerian, 12, dari Papar, kedua-duanya membawa pulang hadiah wang tunai RM400 dan RM300, selempang, hamper dan mahkota masing-masing.

Selain itu, pertandingan Karaoke Terbuka menerima penyertaan daripada 150 peserta.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular