HomeSukanProgram Sabah Sihat beri penekanan konsep gaya hidup sihat secara menyeluruh

Program Sabah Sihat beri penekanan konsep gaya hidup sihat secara menyeluruh

Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu : Pelaksanaan Program Sabah Sihat yang dilancarkan serentak di enam zon di seluruh negeri memberi penekanan kepada konsep gaya hidup sihat melalui penjagaan kesihatan menyeluruh khususnya dari segi fizikal, mental dan rohani.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, program itu juga turut membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat di negeri ini.

Antara zon terlibat adalah di Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Keningau, Beaufort dan Kudat.

“Objektif pelaksanaan program ini juga adalah bagi memperkenalkan satu tarian senaman dengan corak khas untuk semua rakyat di Negeri Sabah.

“Selain itu, program ini juga adalah bagi menggalakkan rakyat mengamalkan amalan-amalan dan cara hidup yang mempromosikan kesihatan selain mengeratkan hubungan keluarga dan masyarakat dengan bersenam bersama-sama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program Sabah Sihat di Kompleks Sukan Kota Kinabalu di sini semalam.

Program Sabah Sihat merupakan program kerjasama antara Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah.

Program itu turut menyasarkan seramai 6,500 orang yang terlibat di enam zon dan dari jumlah itu seramai 1,500 orang terlibat di ibu negeri.

James berkata, kerajaan prihatin dengan kesihatan rakyat yang masih pada tahap yang tidak memuaskan dan mengambil inisiatif menawarkan skim pemeriksaan kesihatan percuma di seluruh negeri.

“Pelbagai aktiviti dan program  dilaksanakan termasuk  Skim Bantuan Pemeriksaan Kesihatan  secara percuma yang dilakukan di semua daerah bagi rakyat Sabah di bawah KPMKR,” katanya.

Pelbagai acara menarik diadakan dalam Program Sabah Sihat antaranya pameran, saringan kesihatan, challenge game untuk fitness test, jualan rahmah, derma darah, promosi pemakanan sihat dan cabaran 300K Langkah Sabah Sihat. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

280 peserta sertai ‘Tropical Rainforest Run 2024’ Ahad ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular