HomeUtamaJoW mudahkan rakyat dekati JBG 

JoW mudahkan rakyat dekati JBG 

Read Time:1 Minute, 24 Second

Paitan : Program ‘Justice on Wheels’ (JoW) Sabah keenam dilancarkan bagi membuka ruang yang lebih luas kepada rakyat mendekati Jabatan Bantuan Guaman (JBG).

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib berkata, program itu bertujuan untuk memberi khidmat nasihat secara bergerak kepada orang ramai di lokasi terpilih.

“Semasa program dilaksanakan, mereka boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pegawai-pegawai JBG yang bertugas dan prosesnya adalah sama seperti di klinik guaman di reruai atau dewan awam yang telah diadakan sebelum ini.

“Pelanggan yang hadir perlu mengisi borang khidmat nasihat sebelum berjumpa dengan pegawai bertugas yang ditempatkan dalam van bergerak tersebut. Bagi menjamin kerahsiaan antara pegawai dan pelanggan, sebarang rakaman tidak dibenarkan semasa khidmat nasihat berlangsung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program JoW yang diadakan di Dewan Terbuka Pejabat Daerah Kecil Paitan, di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman, Datuk Norazmi Mohd Narawi dan Pengarah JBG Sabah, Herlina Muse.

Dalam pada itu, James berkata, kadar purata masa satu khidmat nasihat beserta penelitian dokumen yang dibawa oleh orang awam adalah setengah jam.

“Semasa khidmat nasihat, penelitian ujian kelayakan dan ujian merit juga akan dijalankan bagi mereka yang berhasrat memohon untuk bantuan guaman.

“Selain itu, Kod QR yang ditampal di sisi dan belakang van JoW akan memudahkan orang awam untuk mendapatkan informasi program dan mengakses Gerbang iGuaman di mana pautan pantas kepada perkhidmatan dalam talian JBG telah disediakan,” katanya.

Van pertama iaitu van JoW Sabah telah dilancarkan di Dewan Gawir, Kampung Madsiang, Penampang pada 25 Januari 2024 dan pergerakan program JoW Sabah setakat tahun 2024 meliputi kawasan Pitas, Tongod, Papar, Sipitang, Paitan, Sukau dan Tungku.

RELATED ARTICLES
Utama

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah bermula hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular