HomeIsu tempatanMRK Bandaraya, Inanam ajak belia derma darah

MRK Bandaraya, Inanam ajak belia derma darah

Read Time:1 Minute, 51 Second

Kota Kinabalu : Buvazoi Tavantang atau Mr. Kaamatan (MRK) 2024 Bandaraya, Alvin Ajirin,22, mengajak golongan belia di negeri ini untuk sama-sama menyokong kempen derma darah.

Alvin berkata, beliau bersyukur kerana dapat membantu mereka yang memerlukan seperti pesakit Talasemia yang mempunyai bilangan yang tinggi di Sabah.

“Saya  sarankan generasi muda untuk tampil menyokong usaha murni ini kerana kita tahu satu pain darah dapat menyelamatkan nyawa tiga pesakit.

Alvin ketika menderma darah buat pertama kali.

“Pada mulanya memang agak gementar apabila melihat jarum yang digunakan, tetapi sebenarnya setelah selesai saya merasa tenang dan berharap lebih ramai golongan muda dapat menjadi penderma,” katany.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat serta menyampaikan hadiah kepada para pesakit di Pusat Dialisis KPJ Sabah.

Turut menderma darah, MRK Inanam, Inlo Ansim, 23, yang bersyukur diberikan kerelaan hati untuk menyokong kempen bertemakan ‘Be the LifeLine’ dengan #BloodConnectsUs tersebut.

“Sebelumnya, saya memang takut dan tidak mahu menderma darah, tetapi syukur saya berjaya juga menderma darah buat kali pertama hari ini,” katanya.

Kedua-duanya mereka berasa lega dan gembira apabila layak menjadi penderma ketika program Kempen Menderma Darah Hospital Pakar KPJ yang dianjurkan secara kolaborasi bersama Tabung Darah Hospital Ratu Elizabeth II, pada Sabtu.

Sementara itu, Pengurus Besar Hospital Pakar KPJ Sabah, Mohamad Faizal Mohamed berkata objektif utama kempen tersebut adalah untuk membantu menambah darah di Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth (HQE) II.

“Aktiviti ini juga untuk memberi galakan kepada yang belum pernah menderma darah, meningkatkan kesedaran  di kalangan orang ramai tentang kepentingan membantu dengan menderma darah kepada pesakit yang menghidap penyakit anemia, leukemia, hemapolia dan lain-lain.

“KPJ Sabah sememangnya berbesar hati dengan sokongan padu yang diterima daripada rakan dan penderma budiman yang menyumbang kepada kejayaan kempen yang luar biasa, tidak lupa juga dengan kerjasama SM Food & Beverages Sdn Bhd,” katanya.

Kempen tersebut merupakan program Tanggungjawab Sosial Korporat KPJ Sabah selaras dengan motto KPJ Healthcare Berhad iaitu ‘Care for Life’.

Kempen sehari itu berjaya mengumpul 50 pain darah dengan penderma terdiri daripada kakitangan KPJ Sabah, pesakit dan pelawat hospital, RELA, Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Sabah (DOSH), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah Lintas serta penderma baru.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular