HomeUtamaDemonstrasi tindakan tidak matang, guna saluran betul

Demonstrasi tindakan tidak matang, guna saluran betul

Read Time:1 Minute, 11 Second

Putatan : Tindakan kumpulan perhimpunan #KamiMahuAir yang digerakkan sekumpulan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) semalam disifatkan sebagai kurang matang dalam berurusan secara rasmi.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, ia termasuklah dalam menyuarakan pendapat khususnya yang melibatkan isu-isu rakyat,

Katanya, terdapat saluran yang betul dan boleh digunakan berbanding melakukan demonstari di jalanan.

“Jadi ini merupakan satu sikap yang kurang matang dalam kita berurusan secara rasmi bagi mengutarakan pendapat dan suara daripada mereka.

“Mereka juga sepatutnya mempunyai tata etika dalam pengurusan untuk berurusan rasmi apatah lagi berurusan dengan Ketua Menteri.  Jadi saya berharap mereka mengambil iktibar daripada pengalaman ini untuk menjadi rakyat yang beretika dan lebih matang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di Pejabat Daerah Putatan di sini hari ini.

Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan berkata demikian bagi mengulas tindakan kumpulan perhimpunan #KamiMahuAir yang gagal menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini semalam.

Belia berkata, pihak Kerajaan  sentiasa terbuka untuk menerima apa sahaja komen atau pendapat yang berperaturan, beretika dan tidak bertindak mengikut budaya yang tidak sepatutnya.

Semalam, kumpulan perhimpunan yang disertai kira-kira 80 individu itu telah berarak kira-kira tiga kilometer dari kampus UMS ke Menara Kinabalu untuk menghantar memorandum tersebut kepada Hajiji.

Bagaimanapun, memorandum tersebut sepatutnya diterima oleh Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, namun kumpulan mahasiswa itu enggan menyerahkan kepadanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Carum PERKESO untuk kebaikan diri dan keluarga – Ruslan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular