HomeUtamaKakitangan bank ditahan, lebih RM20 juta wang akaun simpanan hilang

Kakitangan bank ditahan, lebih RM20 juta wang akaun simpanan hilang

Read Time:55 Second

PETALING JAYA: Polis telah menahan seorang kakitangan bank bagi membantu siasatan selepas lebih RM20 juta dalam akaun simpanan yang didakwa “hilang” melalui transaksi mencurigakan dari bank yang sama.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, empat laporan polis telah dibuat sejak awal Jun lalu.

“Pengadu termasuk pemegang akaun dan pekerja bank yang menyedari transaksi tunai yang mencurigakan sedang dilakukan di Kota Kinabalu. Urus niaga itu melibatkan beberapa akaun simpanan daripada bank.

“Semua menafikan sebarang penglibatan dan telah menyatakan bahawa mereka tidak pernah ke Kota Kinabalu untuk melakukan transaksi,” katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.

Susulan siasatan berhubung transaksi yang mencurigakan itu, polis menahan suspek berusia 38 tahun itu di Kota Kinabalu pada 13 Jun.

“Siasatan mendapati ahli sindiket jenayah dan ‘orang dalam’ dalam bank terbabit dalam membuat pengeluaran kerana transaksi sedemikian hanya boleh dilakukan secara dalaman.

“Beberapa individu lain telah dikenal pasti dan sedang dikesan,” tambahnya.

Polis turut merampas tiga telefon bimbit, lapan kad bank, komputer riba dan wang tunai RM4,400 untuk siasatan.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

RELATED ARTICLES
Utama

Carum PERKESO untuk kebaikan diri dan keluarga – Ruslan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular