HomeUtamaKerajaan laksana program strategik kukuhkan perkhidmatan awam melalui teknologi digital

Kerajaan laksana program strategik kukuhkan perkhidmatan awam melalui teknologi digital

Read Time:1 Minute, 51 Second

BEAUFORT: Kerajaan negeri giat melaksanakan program-program strategik untuk mengukuhkan penyampaian perkhidmatan sektor awam melalui teknologi digital.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN), Cawangan Wilayah Pedalaman Bawah telah menganjurkan Seminar Teknologi Maklumat dan Komukasi (ICT) Sektor Awam Negeri Wilayah Pedalaman Bawah Tahun 2024 yang berlangsung di Gem Hotel di sini pada 11 Jun lalu.

Seminar ICT itu dihadiri peserta-peserta terdiri daripada penjawat awam dari lima daerah di Wilayah Pedalaman Bawah termasuk Daerah Beaufort, Membakut, Kuala Penyu, Sipitang dan Daerah Kecil Menumbok.

Turut serta peserta dari Wilayah Pesekutuan Labuan iaitu daripada Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah Wilayah Persekutuan Labuan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Exco Agama serta Exco Pendidikan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, penjawat awam perlu bersedia melengkapkan diri dengan meningkatkan kefahaman dan kemahiran ICT sebagai prasyarat kepada perkhidmatan awam berprestasi tinggi.

“Penganjuran seminar ini secara tidak langsung berupaya memperlihatkan komitmen JPKN dalam melaksanakan usaha pembudayaan dan pemerkasaan ICT di dalam pendigitalan Perkhidmatan Awam Negeri yang melibat kan semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri.

“Saya mengambil maklum bahawa seminar kali ini bertemakan “Pendigitalan Perkhidmatan Awam: Nadi Kesejahteraan Rakyat”.

“Tema ini bertepatan sekali dengan perkembangan semasa di mana sektor awam negeri dan persekutuan yang sedang giat melaksanakan program-program strategik untuk mengukuhkan penyampaian perkhidmatan sektor awam melalui teknologi digital.

“Justeru itu, tema ini dipilih adalah bagi memberi pendedahan kepada kakitangan perkhidmatan awam Negeri Sabah untuk mencapai pembangunan Ekonomi Digital yang mampan dalam melaksanakan agenda transformasi perkhidmatan dan budaya kerja Perkhidmatan Awam Negeri Sabah,” katanya semasa berucap merasmikan Seminar ICT itu.

Beliau berkata, Perkhidmatan Awam Negeri Sabah masa kini memerlukan penjawat awam yang mampu berfikir ke hadapan, berpandangan jauh, memiliki budaya kesegeraan, perkhidmatan berasaskan keberhasilan, kualiti dan produktiviti dengan disulami nilai integriti dan profesionalisme.

“Kepantasan perkhidmatan secara online turut mempengaruhi perkhidmatan berprestasi tinggi.

“Justeru itu, perkhidmatan awam negeri hendaklah berubah secara fast forward dengan membangunkan dan membudayakan kaedah perkhidmatan ICT berasaskan internet dan perkhidmatan atas talian,” katanya.

Pada majlis sama, Arifin turut menyampaikan penganugerahan berkaitan ICT yang bertujuan mengiktiraf usaha dan penglibatan penjawat awam dalam penerapan ICT di agensi masing-masing.

Beliau berharap penganugerahan ini akan meningkatkan program pembudayaan inovasi dalam sektor awam dan merealisasikan hasrat kerajaan menjadi sebuah Kerajaan Digital di masa akan datang.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Rakyat Sabah diseru ambil peluang manfaat daripada OGSE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular