HomeUtama'Jangan bawa bukan warganegara tuntut hak rakyat Sabah' - Mustapha

‘Jangan bawa bukan warganegara tuntut hak rakyat Sabah’ – Mustapha

Read Time:1 Minute, 45 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud kesal mahasiswa membawa orang luar bukan warganegara Malaysia untuk menuntut hak rakyat di negeri ini.

Ini berikutan perhimpunan #KamiMahuAir Sabah anjuran Suara Mahasiswa didakwa telah membawa sekumpulan individu bukan warganegara menyertai demonstrasi menuntut menyelesaikan isu air di hadapan bangunan Menara Kinabalu pada Jumaat.

“Saya fikir mereka (mahasiswa) tidak sepatutnya membawa yang mereka katakan sebagai stateless (tiada warganegara). Perkara ini sepatutnya tidak berlaku, kita membawa bukan warganegara dalam perjuangan membawa isu-isu untuk menuntut hak rakyat Sabah.

“Ini saya agak terkejut, saya tidak sangka perkara ini berlaku , ini melibatkan mahasiswa kita. Ini lebih awal saya terangkan kita mesti rasional tentang isu ini.

“Bukan kita halang mereka berdemonstrasi asalkan ada permit, buatlah demonstrasi secara aman dengan penuh rasional bukannya membawa bukan warganegara untuk meramaikan bilangan mereka. Saya agak kesal perkara ini dilakukan, saya minta supaya jangan sama sekali bawa bukan warganegara ini yang melibatkan isu dan hak kita sebagai warganegara di negeri Sabah ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Sambutan 25 Tahun Keadilan dan Perayaan Pesta Kaamatan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Beliau juga turut menggesa kerajaan persekutuan dan negeri supaya mendengar suara mahasiswa itu dan rakyat Sabah menolak mana-mana parti yang menggunakan bukan warganegara menuntut hak rakyat Sabah.

“Saya memang menolak mana-mana kumpulan mahasiswa, NGO dan juga mana-mana parti menggunakan bukan warganegara menuntut hak rakyat Sabah, kita mahu supaya rakyat Sabah tolak mereka pada pilihan raya akan datang,” tegas Mustapha yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Sabah .

Terdahulu, majlis Sambutan 25 Tahun Keadilan dan Perayaan Pesta Kaamatan anjuran Cabang Kota Kinabalu itu turut dihadiri Datuk Christina Liew selaku Ketua Cabang Kota Kinabalu dan Naib Presiden Keadilan, Nurul Izzah Anwar.

Dari kiri Mustapha, Christina, Nurul Izzah bersama dif-dif kehormat lain memotong kek sempena sambutan 25 tahun Parti Keadilan.

Majlis turut diserikan dengan pelbagai acara menarik seperti tarian tradisional sambut tamu, karaoke, cabutan tiket bertuah dan upacara memotong kek sempena sambutan 25 tahun Keadilan.

Selain itu, Nurul Izzah juga turut menyempurnakan acara Penyerahan Borang Pendaftaran Ranting Cabang Kota Kinabalu.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular