HomeSukanPiala FA : Kim Swee mahu momentum kemenangan diteruskan di suku akhir

Piala FA : Kim Swee mahu momentum kemenangan diteruskan di suku akhir

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu: Kemenangan Sabah FC menewaskan Kuala Lumpur Rovers (KL Rovers) FC 7-0 dalam aksi Pusingan 16, Piala FA malam tadi perlu dikekalkan dan dibawa ke saingan suku akhir pada akhir Jun dan awal Julai nanti.

Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata,  perlawanan itu juga penting untuk mara ke pusingan seterusnya dan pencapaian yang dilakar perlu dikekalkan untuk berdepan saingan di suku akhir.

“Ia keputusan yang cukup baik namun kita perlu konsisten di mana 90 minit perlawanan ini penting memandangkan kita tidak akan bermain minggu depan. Kita hanya bermain mungkin pada 28, 29 atau 30 Jun dalam saingan suku akhir.

“Perlawanan 90 minit ini juga penting untuk kesebelasan utama mendapatkan minit permainan dan kita berjaya mendaoatkan jumlah gol yang agak baik.

“Jadi, saya berharap mereka (pemain Sabah FC) akan kekalkan momentum ini di mana kita ada banyak lagi perlawanan selepas ini untuk kita harungi,” katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Kim Swee berkata, pasukannya akan memberi tumpuan kepada saingan suku akhir Piala FA sebelum memikirkan saingan seterusnya dalam aksi Liga Super yang mana Sabah bakal berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Likas pada 13 Julai depan.

“Kita ada dua perlawanan kalau tidak silap saya iaitu suku akhir pertama dan kedua Piala FA sebelum kita bermain dengan JDT, jadi fokus kita dari satu perlawanan ke satu perlawanan,” katanya.

Sabah bakal berdepan Terengganu FC pada saingan suku akhir Piala FA bermula dengan aksi pertama pada 28 Jun ini di gelanggang lawan, manakala yang kedua di Stadium Likas pada 4 Julai depan. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

34 pasukan jayakan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kuala Penyu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular