HomeUtamaHajiji tunai solat sunat Aidiladha bersama 1,000 jemaah

Hajiji tunai solat sunat Aidiladha bersama 1,000 jemaah

Read Time:35 Second

Tuaran:   Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha di Masjid Haji Noor Kampung Serusop di sini, hari ini.

Disertai kira-kira 1,000 jemaah, solat sunat itu diimamkan oleh Muhammad Aslam Jubair Jifrih manakala, khutbah bertajuk ‘Aidiladha dan Kepedulian Sosial Kita’ disampaikan oleh Abdul Basit Salleh. 

Terdahulu, Hajiji turut menyertai jemaah mengalunkan takbir bersama-sama Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah, Datuk Norjeli Dais dan Ketua Setiausaha Politik, Datuk Abdul Kassim Razali. 

Hajiji juga meluangkan masa beramah mesra dengan para jemaah selepas selesai solat pada jam 8.30 pagi, sebelum menghadiri majlis ibadah korban di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran mulai jam 10 pagi.

RELATED ARTICLES
Utama

ECoS terus tekankan kepentingan keselamatan elektrik kalangan rakyat Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular