HomeUtamaLebih 300 warga Kem Lok Kawi rai sambutan Aidiladha & Ibadah Korban

Lebih 300 warga Kem Lok Kawi rai sambutan Aidiladha & Ibadah Korban

Read Time:1 Minute, 11 Second

PUTATAN: Lebih 300 warga Kem Lok Kawi bersama keluarga meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha dan Ibadah Korban Peringkat 5 Divisyen bertempat di Masjid As-Salam, Kem Lok Kawi di sini, hari ini.

Majlis telah disempurnakan oleh Panglima 5 Divisyen, Mej Jen Datuk Malek Razak Sulaiman dan Isteri, Datin Siti Juana Md Ibrahim.

Acara dimulakan dengan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha bersama khutbah khas Aidiladha yang disampaikan oleh Pegawai Staf 1 Agama Markas 5 Divisyen, Lt Kol Afif Farhan Hasbullah.

Progam diteruskan dengan pelaksanaan ibadah korban yang dimulakan dengan acara simbolik penyerahan pisau sembelih oleh Panglima 5 Divisyen kepada kepada Pegawai Staf 1 Agama Markas 5 Divisyen selaku Ketua Penyembelihan.

Panglima 5 Divisyen juga telah mendahului penyembelihan lembu korban pada kali ini.

Menerusi satu kenyataan media Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia Kem Lok Kawi hari ini, sebanyak 10 ekor lembu dan seekor Kambing telah dikorbankan pada tahun ini termasuk lima ekor lembu sumbangan daripada Ketua Menteri Sabah, Ahli Parlimen Putatan dan GAPMATA.

Selesai proses melapah, Panglima 5 Divisyen turut bersama dalam jamuan Hari Raya Aidiladha seterusnya mengagihkan daging korban kepada warga 5 Divisyen Kem Lok Kawi bertempat di Dewan Kinabalu.

Turut hadir memeriahkan majlis Komander Artileri Divisyen 5 Divisyen, Kol Mohd Imran Ibrahim dan isteri, Ketua Staf 5 Divisyen, Kol Mohd Johaizad Jarudi dan isteri serta Pegawai-pegawai Memerintah/Pemerintah Trup 5 Divisyen.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

PRN17 Sabah: PBM mengeruhkan hubungan Sabah & Sarawak – Masiung

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular