HomeUtamaKPDN Sabah rampas 4,000 liter minyak diesel diseleweng

KPDN Sabah rampas 4,000 liter minyak diesel diseleweng

Read Time:2 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan ditahan bersama 4,000 liter minyak diesel disyaki diseleweng, dirampas dalam satu operasi Ops Tiris 3.0 oleh sepasukan pegawai penguatkuasa dari Ibu Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah di sebuah stor tidak bernombor, Jalan Sin San, Pasir Putih, Tawau petang tadi. (19 Jun)

Pengarah KPDN Sabah, Georgie Abas berkata, serbuan yang dijalankan sekitar jam 2.20 petang di lokasi berkenaan itu telah menjumpai serta menyita sebanyak 4,000 liter minyak diesel yang ditemui dalam 18 unit drum berkapasiti 200 liter (sebanyak 2,000 liter) dan dalam sebuah tangki trailer berkapasiti 20,000 liter (sebanyak 2,000 liter) yang disyaki diselewengkan.

Katanya, turut disita barangan yang terlibat dalam aktiviti haram itu termasuk kenderaan pacuan empat roda jenama Isuzu Single Cab (1 unit), tangki fiber yang telah diubah suai kapasiti 1,000 liter (1 unit), drum kapasiti 200 liter (18 unit), hose getah (1 unit), mesin pump minyak (2 unit) dan tangki trailer (1 unit).

“Nilai sitaan keseluruhan berjumlah RM 104,500.00.

“Seorang lelaki warga tempatan berumur 31 tahun yang dipercayai penjaga stor di lokasi serbuan turut ditahan dan diambil keterangan bagi tujuan membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Georgie, risikan telah dijalankan selama seminggu oleh KPDN Sabah sebelum serbuan dijalankan.

“Berdasarkan keterangan awal, premis stor tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran dan lesen yang sah untuk menyimpan minyak diesel di lokasi berkenaan.

“Sebagai tindakan lanjut, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan iaitu minyak diesel dengan tujuan untuk melakukan kesalahan Di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122), mana-mana individu yang disabit dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi syarikat pula, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM2 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta,” katanya.

Justeru, beliau menegaskan bahawa KPDN Sabah akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan ke atas semua kegiatan berkaitan barang kawalan di negeri Sabah agar tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan terhadap barang kawalan berkenaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti yang melanggar perundangan itu boleh menyalurkan aduan kepada pihak kementerian melalui saluran WhatsApp iaitu 019-848 8000; Portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my; Call Centre 1-800-886-800, dan; dan Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular