HomeUtamaCarum PERKESO untuk kebaikan diri dan keluarga - Ruslan

Carum PERKESO untuk kebaikan diri dan keluarga – Ruslan

Read Time:1 Minute, 7 Second

Beaufort : Masyarakat khususnya individu yang bekerja sendiri diseru untuk membuat caruman dalam beberapa program dan skim yang ditawarkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, caruman yang dibuat itu adalah memberi kebaikan kepada diri dan keluarga terutama ketika berlaku kemalangan atau musibah.

“Ini merupakan program julung kali diadakan, pada awalnya kita mensasarkan seramai 100 orang untuk program ini, tapi kita menerima kehadiran masyarakat lebih 125 orang untuk menyertai Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

“Ini menunjukkan bahawa kesedaran rakyat itu mula dirasai, dan dengan adanya program ini bukan sahaja pendaftaran tapi sebelum pendaftaran pihak PERKESO menyampaikan taklimat tujuan dan matlamat kebaikan mencarum PERKESO,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Penjanaan SKSPS di Dewan Perpaduan DHRM Kampung Lago di sini semalam.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, pihaknya bersedia untuk terus memberi perkhidmatan seumpama kepada masyarakat setempat sekiranya terus mendapat sambutan.

“Sebenarnya masih ramai rakyat kurang menerima pendedahan terhadap kebaikan mencarum di PERKESO ini kecuali mereka yang mempunyai majikan kerana majikan mewajibkan untuk mereka mencarum pekerja.

“Justeru dalam masa terdekat, kita akan bekerjasama dengan pejabat anak negeri dan  Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) kerana mereka ini mempunyai jentera di semua peringkat.

“Kita akan gerakkan semua pemimpin masyarakat untuk mengesan individu yang perlu dibantu untuk dicarum dalam PERKESO,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular