HomeUtamaTH Sabah sedia kolaborasi dengan sekolah untuk capai aspirasi 100 peratus pendeposit

TH Sabah sedia kolaborasi dengan sekolah untuk capai aspirasi 100 peratus pendeposit

Read Time:1 Minute, 37 Second

Kota Kinabalu : Lembaga Tabung Haji (TH) Sabah sedia berkolaborasi dengan pelbagai pihak khususnya pihak sekolah dalam memastikan sasaran bagi mencapai aspirasi 100 peratus individu Islam di negeri ini berdaftar sebagai pendeposit TH dapat dicapai menjelang akhir tahun ini.

Pengarah TH Wilayah Sabah dan Sarawak Datuk Nurlaila Said berkata, sehingga kini jumlah pendeposit TH di negeri ini telah mencecah sehingga 31.2 peratus pada tahun ini daripada 1.7 populasi Islam di Sabah.

“Saya berterima kasih kepada Pusat Tingkatan Enam Maktab Sabah yang sedia untuk bekolaborasi dengan TH Sabah dan saya melihat potensi besar untuk menjadikan Maktab Sabah ini yang terdiri dari kakitangan,guru dan pelajar khususnya Tingkatan Enam sebagai pendeposit TH.

“Kita juga melihat pada hari ini dimana kita boleh mensasarkan 100 peratus semua mereka menjadi pendeposit TH sekaligus merealisasikan aspirasi 100 peratus pendeposit TH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perkongsian Haji dan Pendidikan, sejauh mana peranan kita di Pusat Tingkatan 6 Maktab Sabah di sini hari ini.

Nurlaila berkata, dengan sokongan dan dokongan yang diberikan Pusat Tingkatan 6 Maktab Sabah akan menjadi batu loncatan kepada sekolah-sekolah lain bagi mengadakan kolaborasi seumpama itu dengan TH Sabah.

“Pada tahun lalu kita berjaya mencapai dalam 113 peratus sasaran pendeposit baharu dan harapan kita ada tahun ini juga sama untuk mencapai lebih 100 peratus pada tahun ini.

“Dan saya yakin sangat impian kami dan sasaran itu akan direalisasi pada tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, Nurlaila berkata, pihaknya turut berharap agar sokongan dan dokongan ibu bapa dapat memainkan peranan dalam memastikan pelajar dibawah 12 tahun dapat turut sama menjadi pendeposit TH.

“Bagi kami, pendidikan merupakan satu aset dan atas dasar itu sasaran utama kami adalah golongan pendidik dan juga pelajar sekolah khususnya yang sudah mencapai usia 17 tahun.

“Manakala kami masih mengharapkan sokongan dan dokongan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan ibu bapa itu sendiri untuk memberi kesedaran kepada pelajar khususnya yang berusia bawah 12 tahun,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular