HomeUtama37 mangsa banjir di Membakut dipindahkan ke PPS

37 mangsa banjir di Membakut dipindahkan ke PPS

Read Time:1 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu : Seramai 37 mangsa banjir di daerah Membakut telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Selagon Beaufort setakat jam 8 malam tadi.

Pegawai Daerah Membakut yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Ibrahim Terki berkata, mangsa yang terlibat adalah melibatkan 17 ketua isi rumah (KIR).

“Sebuah PPS telah dibuka di Dewan Selagon Beaufort pada 4 petang tadi yang menempatkan seramai 37 mangsa banjir dari beberapa buah kampung sekitar Membakut.

“Mangsa yang dipindahkan adalah melibatkan sebanyak 17 KIR,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, antara kampung yang terjejas adalah di Kampung Kayai; Kampung Mandangin; Kampung Bambangan; Kampung Baitam; Kampung Limpayai; Kampung Lampijas dan Kampung Jambatan Baru.

Trend semasa banjir di daerah berkenaan adalah meningkat.

Petang tadi, daerah Membakut diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan yang turun sejak semalam.

Ibrahim berkata, bencana banjir itu menyebabkan beberapa kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan ‘hotspot’ mula terjejas.

“Dengan ini berdasarkan maklumat lapangan dan laporan yang diterima daripada agensi-agensi JPBD Membakut adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Membakut yang menyebabkan beberapa kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan ‘hotspot’ mula terjejas.

“Saya telah mengarahkan agar semua agensi keselamatan berada di lapangan bagi memantau dan melakukan penilaian semasa keadaan banjir, terutamanya bagi tujuan pemindahan mangsa banjir,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO APM BEAUFORT

RELATED ARTICLES
Utama

Dua tahanan KPDN melarikan diri, berjaya diberkas semula

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular