HomeUtamaMembakut dilanda banjir

Membakut dilanda banjir

Read Time:1 Minute, 10 Second

Kota Kinabalu : Daerah Membakut hari ini diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan yang turun sejak semalam.

Pegawai Daerah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Membakut Ibrahim Terki berkata, bencana banjir itu menyebabkan beberapa kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan ‘hotspot’ mula terjejas.

“Dengan ini berdasarkan maklumat lapangan dan laporan yang diterima daripada agensi-agensi JPBD Membakut adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Membakut yang menyebabkan beberapa kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan ‘hotspot’ mula terjejas.

“Saya telah mengarahkan agar semua agensi keselamatan berada di lapangan bagi memantau dan melakukan penilaian semasa keadaan banjir, terutamanya bagi tujuan pemindahan mangsa banjir,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ibrahim berkata, Bilik Gerakan Bencana (PKOB) Daerah Membakut juga telah dibuka dan semua petugas jabatan diminta bertugas sesuai tugas dan jadual yang telah ditetapkan.

Katanya, PKOB daerah Membakut telahpun diaktifkan secara rasminya dan digerakkan sepenuhnya.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, ribut petir dan angin kencang berlaku di beberapa buah daerah di Sabah dan Sarawak.

Di Sabah, antara kawasan terlibat adalah Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Sandakan di Kinabatangan dan Sandakan.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – SABAH MEDIA / FOTO FB BON BON

RELATED ARTICLES
Utama

Banjir : Bayi lapan bulan berjaya diselamatkan APM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular