HomeIsu tempatanPROFIMA Sabah sambut baik pelaksanaan SKSPS dalam kalangan penggiat industri kreatif

PROFIMA Sabah sambut baik pelaksanaan SKSPS dalam kalangan penggiat industri kreatif

Read Time:1 Minute, 17 Second

Kota Kinabalu : Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) Sabah menyambut baik pelaksanaan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dalam kalangan penggiat industri kreatif khususnya di negeri ini.

Ketua PROFIMA Sabah Jass Tarmin berkata, skim yang diperkenalkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) itu dilihat banyak memberi kebaikan dan kelebihan kepada para pencarum.

Ketua PROFIMA Sabah Jass Tarmin

“PROFIMA Sabah telah menghadiri seminar mini mengenai perlindungan kepada penggiat industri kreatif yang dilaksanakan bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan PERKESO semalam.

“Menerusi seminar itu kita telah mendapat sedikit kefahaman tentang skim ini yang mana ianya belum dilaksanakan secara meluas di Sabah dan dipihak kita, sudah pasti kita menyambut baik inisiatif ini khususnya kepada penggiat industri kreatif,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Turut diadakan pada seminar itu adalah perkongsian mengenai PERKESO dan kebajikan penggiat industri Sabah yang dihadiri Ahli Perbadanan FINAS Zed Zaidi dan  Ketua Bahagian Skim Pekerjaan Sendiri PERKESO Mohamad Haron Othman.

Jass berkata, pihaknya berharap agar cadangan dan resolusi bagi mendaftarkan pekerja industri kreatif Sabah ke skim ini dapat disegerakan.

“Kepada penggiat industri kreatif Sabah pula, saya menyarankan agar berilah kerjasama penuh dalam memberikan data peribadi supaya insentif perlindungan percuma selama setahun ini dapat kita nikmati bersama.

“Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapakan jutaan terima kasih kepada FINAS atas inisiatif mengunjungi dan memberi sumbangan kepada dua orang penggiat seni kreatif Sabah yang memerlukan bantuan,” katanya.

Katanya, PROFIMA adalah agen korporat PERKESO dalam industri perfileman Malaysia dan segala berkaitan skim SPS PERKESO ini akan dibantu urus sokongan bersama daripada ibu pejabat PROFIMA. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

58 beg darah berjaya dikutip, bantu pesakit memerlukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular