HomeUtamaMajlis Sambutan Aidiladha MUTIARA GRS santuni KLPOKU

Majlis Sambutan Aidiladha MUTIARA GRS santuni KLPOKU

Read Time:54 Second

PAPAR: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) mengadakan Majlis Sambutan Aidiladha dengan beramal dan santuni pelatih Kompleks Latihan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya (KLPOKU) Kimanis pada Isnin.

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag yang juga Yang DiPertua MUTIARA GRS menyempurnakan majlis itu.

Beliau turut menyampaikan sumbangan MUTIARA GRS sebanyak RM2,000 kepada Lembaga Pelawat KLPOKU Kimanis, masing-masing RM1000 kepada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Papar dan PPDK Membakut.

Juliah juga menyerahkan sumbangan tajaan daripada pemimpin dan ahli-ahli MUTIARA GRS berupa peralatan sukan dan mesin basuh serta bun cremos sumbangan Kim Teck Cheong (KTC) Consolidated Berhad kepada KLPOKU Kimanis.

Antara pengisian Majlis Sambutan Aidiladha MUTIARA GRS ialah taklimat oleh Penguasa KLPOKU, Dayangku Suhaila Pg Suhaimi, persembahan oleh para pelatih, makan tengah hari dan penyerahan “goodies bag” kepada seramai 48 pelatih.

Juliah dan anggota MUTIARA GRS turut melawat kelas-kelas kemahiran dan latihan vokasional yang disertai para pelatih dari Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajian Am Negeri, Jais Asri dan Timbalan Pengarah (Operasi) Ali Hassan Kahar.

RELATED ARTICLES
Utama

Penari cilik Sabah bersinar di Tarian Piala Dunia, bawa pulang 3...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular