HomePendapatMalaysia perlu tingkat usaha laksana reformasi struktur secara menyeluruh, tingkat daya saing...

Malaysia perlu tingkat usaha laksana reformasi struktur secara menyeluruh, tingkat daya saing negara

Read Time:6 Minute, 30 Second

Oleh : WAN AZRAIN ADNAN

1.        Baru-baru ini, laporan World Competitiveness Ranking 2024 (WCR 2024) telah di terbitkan oleh International Institute for Management Development (IMD). IMD merupakan sebuah institusi pengajian terkemuka dunia yang berpengkalan di Switzerland.

2.        World Competitiveness Ranking (WCR) ialah penerbitan tahunan oleh IMD sejak tahun 1989, untuk menilai tahap daya-saing/ competitiveness negara-negara terpilih di seluruh dunia. WCR 2024 telah menilai dan menempatkan ranking 67 buah negara berdasarkan 4 faktor penilaian, yang meliputi 20 sub-faktor serta 336 kriteria. Empat faktor penilaian berkenaan adalah:

  • Prestasi Ekonomi/ Economic Performance
  • Kecekapan Kerajaan/ Government Efficiency
  • Kecekapan Perniagaan/ Business Efficiency
  • Infrastruktur/ Infrastructure

3.        Di bawah WCR 2024, secara keseluruhan Malaysia telah di tempatkan di tangga ke-34 daripada 67 buah negara, menurun 7 tangga berbanding WCR 2023. Pada masa yang sama, Malaysia juga telah mencatatkan penurunan untuk 3 daripada 4 faktor penilaian berkenaan.

4.        Malah, apa yang membimbangkan ialah Malaysia telah mencatatkan trend penurunan untuk faktor penilaian berkenaan, dalam tempoh masa 5 tahun (2020 – 2024). Secara ringkas-nya, ini menggambarkan daya-saing Malaysia semakin terhakis berbanding dengan negara-negara di dalam WCR.

5.        Dalam tempoh masa tersebut, Malaysia senantiasa berada di sekitar pertengahan/ mid-table ranking untuk faktor penilaian berkenaan. Ini menunjukkan Malaysia tidak berada di kalangan negara-negara terbaik, dan tidak juga berada di kalangan negara-negara terburuk.

Malaysia is neither here nor there, seems to be stuck in the middle.

6.        Sebenarnya, situasi ini selari dengan kedudukan Malaysia yang di label sebagai berada di dalam middle-income trap’. Ini kerana Malaysia kekal berada di dalam kategori middle-income country untuk tempoh masa hampir 30 tahun.

7.        Dengan transformasi pembangunan negara yang pesat sepanjang tahun 80an dan 90an, Malaysia telah berjaya mencapai tahap upper middle-income country sekitar penghujung 90an. Namun begitu, sehingga kini Malaysia masih belum berjaya melonjak ke tahap high-income country.

Wawasan 2020, yang di lancarkan pada 1991 untuk membawa Malaysia ke tahap negara maju, telah gagal mencapai matlamat.

8.        Fakta menarik: Pada tahun 2022, Bank Dunia/ World Bank telah mentakrifkan high-income economy sebagai negara yang memiliki sekurang-kurangnya pendapatan per capita/ per capita income sebanyak USD$ 13,845.

Pada tahun 2023, pendapatan per capita Malaysia adalah USD$ 12,465.

9.        Ranking keseluruhan WCR 2024 telah menurun setelah Malaysia mencatatkan penurunan di dalam 15 daripada 20 sub-faktor tersebut, berbanding WCR 2023. Sub-faktor yang telah mencatatkan penurunan yang ketara adalah:

  • Domestic Economy: dari tangga 16 ke 35 (turun 19 tangga)
  • Productivity & Efficiency: dari tangga 36 ke 53 (turun 17 tangga)
  • Management Practices: dari tangga 31 ke 42 (turun 11 tangga)
  • Technological Infrastructure: dari tangga 16 ke 29 (turun 13 tangga)

10.      Productivity & Efficiency, di bawah faktor Business Efficiency, merupakan sub-faktor terendah yang di catatkan oleh Malaysia, iaitu di tangga 53. Malah, WCR 2024 telah mengenal-pasti produktiviti tenaga kerja sebagai salah satu cabaran utama negara.

11.      Produktiviti tenaga kerja adalah satu isu yang sering kali menimbulkan perbahasan sengit di antara majikan dan pekerja di Malaysia. Hakikatnya, ramai pekerja di Malaysia menempuhi jumlah jam bekerja yang tinggi, tetapi mendapat gaji yang rendah. Jauh sekali untuk mendapat work-life balance yang seimbang.

12.      Malah, menurut satu kajian yang di terbitkan oleh KISI, Kuala Lumpur merupakan bandar ke-3 overworked di dunia.

13.      Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Malaysia, ada beberapa perkara yang telah menyebabkan ranking Malaysia untuk WCR 2024 menurun, antaranya:

  • Ringgit Malaysia: kelemahan nilai matawang Ringgit
  • subsidi: perbelanjaan subsidi oleh Kerajaan Malaysia telah melebihi peruntukan yang di rancang, di sebabkan harga barang mentah global yang telah meningkat akibat konflik Ukraine – Russia
  • eksport: nilai eksport negara telah merundum, terutamanya sektor elektrik & elektronik (E&E), akibat perdagangan global yang merundum

14.      Fakta menarik: Pada Februari 2024, nilai Ringgit Malaysia telah merosot ke paras paling rendah dalam tempoh 26 tahun berbanding dengan nilai Dollar Amerika Syarikat, iaitu sejak Krisis Kewangan Asia pada tahun 1998. Pada masa yang sama, nilai Ringgit Malaysia telah merosot ke paras paling rendah dalam sejarah berbanding nilai Dollar Singapura.

15.      Sebaliknya, Menteri MITI Malaysia berkata prestasi semasa negara akan memberi momentum kepada ranking Malaysia yang lebih baik untuk laporan WCR di masa hadapan, antaranya:

  • Ringgit Malaysia: nilai Ringgit Malaysia yang semakin mengukuh
  • subsidi: inisiatif rasionalisasi subsidi yang sedang di laksanakan oleh Kerajaan Malaysia
  • eksport: nilai perdagangan negara terus meningkat

16.      Namun begitu, Profesor Tan Sri Noor Azlan Ghazali, iaitu pakar ekonomi dan juga Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), menyatakan ranking Malaysia telah menunjukkan trend menurun untuk tempoh masa bertahun-tahun. 

17.      Maka, menurut beliau, penurunan ranking Malaysia bukanlah perkara yang baru, dan bukannya di sebabkan oleh faktor-faktor jangka pendek. Sebenarnya, penurunan ranking Malaysia adalah di sebabkan oleh tiada komitmen penuh oleh negara untuk melaksanakan perubahan struktur yang melibatkan perkara-perkara seperti: percukaian, produktiviti, peraturan, tenaga kerja, infrastruktur dan pendidikan.   

18.      Malah, menurut Pakar Ekonomi Bank Dunia/ World Bank, kelemahan nilai Ringgit Malaysia yang di hadapi oleh negara ketika ini adalah kerana kemerosotan jangka panjang daya-saing negara. Ini berlaku kerana Malaysia kurang melaksanakan reformasi sepanjang beberapa dekad lalu.

19.      Baru-baru ini, Malaysian Investment Development Authority (MIDA) telah melaporkan bahawa negara telah menerima pelaburan sebanyak RM 83.7 billion untuk Suku Pertama 2024 (Januari – Mac 2024):

  • meningkat 13% berbanding dengan Suku Pertama 2023
  • merangkumi pelaburan asing (56.2%), pelaburan domestik (43.8%)
  • melibatkan sejumlah 1,257 projek
  • menyediakan 29,027 peluang pekerjaan

20.      Di samping itu, MIDA melaporkan sedang mengadakan rundingan dengan para pelabur berpotensi, melibatkan jumlah pelaburan sebanyak RM 60.4 billion.

21.      Malah pada tahun 2023, Malaysia telah merekodkan jumlah pelaburan di luluskan terbesar dalam sejarah negara sebanyak RM 329.5 billion:

  • meningkat 23% berbanding tahun 2022
  • pelaburan asing RM 188.5 billion (57.2%), pelaburan domestik RM 141 billion (42.8%).
  • melibatkan 5,101 projek
  • menyediakan 127,000 peluang pekerjaan

22.      Dalam tempoh masa 5 tahun (2020 – 2024), ranking Malaysia di dalam World Competitiveness Ranking (WCR) telah mencatatkan trend menurun, dari tangga 27 ke tangga 34.

23.      Manakala, dalam tempoh masa yang sama, jumlah pelaburan asing/ Foreign Direct Investment (FDI)ke Malaysia telah menunjukkan trend meningkat: RM 13.3 billion (2020), RM 50.4 billion (2021), RM 74.6 billion (2022), RM 188.5 billion (2023).

24.      Data sediada jelas menunjukkan walaupun ranking Malaysia di dalam World Competitiveness Ranking (WCR) mencatatkan trend menurun, jumlah Foreign Direct Investment (FDI) yang di terima oleh negara telah meningkat. Ini membuktikan Malaysia masih merupakan destinasi pelaburan yang menarik.

Oleh yang demikian, penurunan ranking Malaysia berkenaan belum lagi mencapai tahap kritikal yang boleh menimbulkan suasana panik.

25.      Namun begitu, Kerajaan Malaysia pula tidak boleh selesa dengan jumlah pelaburan yang besar, sehinggakan tiada ketergesaan/ sense of urgency untuk melaksanakan perubahan yang di perlukan.

26.      WCR 2024 wajar menjadi gesaan/ wake-up call kepada Kerajaan Malaysia agar melipat-gandakan usaha untuk melaksanakan segera reformasi struktur secara menyeluruh bagi meningkatkan daya-saing negara. Sudah terlalu lama Malaysia terpelusuk di dalam middle-income trap.

27.      Ini termasuklah reformasi pendidikan. Taktala ramai masih bertelingkah mengenai penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, hampir 25% pelajar gagal Matematik!

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Dilema Pendidikan :- Sama Ada Bahasa Melayu atau Inggeris, Pendidikan Sains...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular