HomeIsu tempatanLPSS hasrat bina bangunan sekolah di hab pendidikan

LPSS hasrat bina bangunan sekolah di hab pendidikan

Read Time:57 Second

Kota Kinabalu :    Lembaga Pengelola Sekolah Menengah Agama Nurudin Sandakan (LPSS) berhasrat untuk membina sebuah bangunan sekolah di hab pendidikan.

Pengerusi LPSS,  Zulkurnain Ahmad berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan kelulusan bagi permohonan tapak tersebut termasuk memohon sokongan daripada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Katanya, tapak baharu itu kelak akan menempatkan bangunan sekolah dengan enam buah kelas serta bahagian pentadbiran sekolah berkenaan.

“Hasrat kami adalah ingin memohon sokongan daripada Tun agar kami dapat diberikan sebidang tanah untuk mendirikan sebuah sekolah menengah di hab pendidikan yang disediakan kerajaan.

“Jika sekiranya diluluskan permohonan kami ini, kami akan membina sebuah bangunan sekolah untuk enam kelas dan bahagian pentadbiran sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu di sini semalam.

Zulkurnain berkata, sekolah swasta dengan aliran Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) iaitu 60 peratus Bahasa Arab dan 40 peratus akademik itu telah berjaya melahirkan golongan pelajar yang cemerlang dalam Sijil Sekolah Menengah Ugama (SMU).

Bagaimanapun, sejak beroperasi kira-kira lima tahun lalu hingga kini, sekolah terbabit masih menyewa di sebuah bangunan di Sandakan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Fun Fair’ diarah henti operasi, gagal pamer permit operasi yang sah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular