HomeUtamaPelajar, ibu bapa dinasihatkan sentiasa amal kebersihan diri

Pelajar, ibu bapa dinasihatkan sentiasa amal kebersihan diri

Read Time:1 Minute, 17 Second

Kota Kinabalu : Orang ramai khususnya para pelajar dan ibu bapa dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri berikutan peningkatan tren kejadian wabak Gastroenteritis Akut (AGE) di beberapa buah daerah di negeri ini.

Exco Pendidikan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pihaknya yakin Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah berkolaborasi dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dalam memastikan tahap kesihatan dan kebersihan di sekolah sentiasa terjaga.

“Apa yang telah disarankan oleh pihak berkenaan (JKNS), kita perlu ikut nasihat yang dikeluarkan, misalnya dari sudut kesihatan kita perlu ikut termasuk nasihat daripada mereka.

“Saya yakin kementerian berkenaan ada membuat kolaborasi, kerjasama atau telah memberi maklumat kepada JPNS dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk tindakan termasuk Pejabat Daerah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Konvokesyen Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Arifin berkata demikian bagi mengulas isu berkaitan wabak AGE yang tular selain meminta murid meminum air yang bersih dan selamat.

Sebelum ini JKNS telah mengesahkan sebanyak 191 kes berkaitan Gastroenteritis Akut (AGE) dikesan di daerah Tenom.

Pengarah JKNS Datuk Dr Asits Sanna berkata, pihaknya melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tenom mula mengenal pasti peningkatan kes pada 4 Jun lalu menerusi survelan AGE yang dilaksanakan secara berterusan.

Katanya, siasatan lanjut adalah berdasarkan tarikh mula gejala yang dilaporkan di antara 2 Jun sehingga 13 Jun lalu mendapati, jumlah notifikasi kes AGE adalah sebanyak 191 kes.

Selain itu, turut tular surat berkaitan tren peningkatan kejadian AGE yang berlaku di daerah Penampang. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Op PASIR lindungi kepentingan negara dari sebarang ancaman anasir luar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular