HomeUtamaKPDN terus pantau pelaksanaan subsidi diesel melalui Ops Kesan 2.0

KPDN terus pantau pelaksanaan subsidi diesel melalui Ops Kesan 2.0

Read Time:1 Minute, 51 Second

Kuala Lumpur : Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan Kerajaan secara prinsipnya tidak memberi kesan terhadap implikasi kenaikan harga barangan di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pihaknya maklum terhadap kekhuatiran pihak tertentu terhadap pelaksanaan penyasaran subsidi diesel tersebut.

“Namun secara prinsipnya kita tahu penyasaran subsidi diesel ini bukanlah kita laksanakan tergesa-gesa, kalau kita lihat walaupun ia diumumkan dalam belanjawan 2024, namun kita hanya boleh laksanakan pada 9 Jun.

“Antara penambahnbaikan yang kita laksanakan dalam ucapan belanjawan 2024 itu seperti diumumkan dalam Skim Kawalan Diesel Subsdi (SKDS) hanya layak sembilan kenderaan jenis barangan namun melalui siri ‘engagement’ maka pada Mei ditambah kepada 14 lagi jenis barangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Lo Su Fui (GRS-Tawau) pada Persidangan Parlimen di sini hari ini.

Armizan berkata, penyasaran subsidi diesel itu juga sentiasa dipantau melalui Ops Kesan 2.0 yang bukan hanya dilaksanakan penguatkuasaan di Semenanjung namun turut dilaksanakan di wilayah Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Secara prinsipnya untuk Sabah, Sarawak dan Labuan, kita tidak melihat ia akan boleh menyebabkan implikasi kenaikan harga barangan.  Kerana dua faktor iaitu pertama kalau kita lihat rantaian pengedaran barangan yang dihantar ke Sabah dari segi pengangkutan darat, jenis-jenis pengangkutan darat barang yang terlibat itu temasuk dalam senarai layak SKDS.

“Maksudnya barang-barang pengangkutan yang terlibat masih menerima subsidi diesel pada harga RM2.15.  Keduanya kalau kita lihat pengangkutan air pula untuk membawa ke pelabuhan di Sabah, Sarawak dan Labuan, kita tahun jenis pengangkutan laut atau vesel ini tidak pernah menerima subsidi diesel.

“Vesel ini juga tidak menggunakan diesel yang dijual distesen-stesen minyak tetapi jenis bahan api khusus iaitu marin fuel oil (MFO) dan juga dan marin gas oil (MGO),” katanya.

Armizan berkata, secara prinsip tersebut, kelayakan pengangkutan darat sedia ada yang membawa rantaian pengedaran ke pelabuhan dan pengangkutan sedia ada membawa barangan ke Sabah, Sarawak dan Labuan tidak menggunakan subsidi diesel yang disasarkan tersebut.

“Namun apa pun kita sentiasa pantau dan kita harap maklum balas dan juga aduan sekiranya ada barang-barang yang dilihat naik sebagai implikasi penyasaran subsidi, mohon maklumkan kepada kementerian dan kita akan buat siasatan,”katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

JUM bantu usahawan muda Membakut tahun depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular