HomeIsu tempatanSIBEC bakal diadakan September depan

SIBEC bakal diadakan September depan

Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu:  Persidangan Ekonomi Biru Antarabangsa Sabah (SIBEC) akan berlangsung selama tiga hari bermula 2 September depan bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) Datuk Rosmadi Datu Sulai berkata, persidangan tersebut menumpukan kepada kerjasama, inovasi dan pemuliharaan dalam konteks ekonomi sabah biru bagi mewujudkan masa depan yang mampan. 

“SIBEC turut melibatkan peserta daripada dalam dan luar negara iaitu sasaran penyertaan dari Sabah seramai 1,500 orang, Semenanjung 500 orang dan luar negara 500 orang.  

“Setakat ini, penglibatan dari luar negara termasuk China, Korea, United Arab Emirates dan beberapa Speaker daripada Europe yang sudah mengesahkan kehadiran dalam persidangan itu.

“Persidangan tersebut memfokuskan penerokaan ekonomi biru lautan dalam yang diyakini mampu melonjakkan pendapatan ekonomi negeri dan dan boleh memakmurkan Negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata dmeikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini.

Dalam pada itu, Rosmadi turut memaklumkan tujuan kunjungan tersebut adalah untuk membentangkan pencapaian Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) sepanjang tempoh tiga tahun iaitu daripada tahun 2021 hingga 2023.

Selain itu, beliau turut memaklumkan mengenai Pencapaian Program Menoktahkan Miskin Tegar Negeri Sabah serta Pembentangan Ekonomi Biru dan SIBEC.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

9 pelajar antarabangsa jayakan ekspedisi ke Gunung Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular