HomeIsu tempatan105 murid, kanak-kanak istimewa dirai majlis lawatan amal ke institusi kebajikan

105 murid, kanak-kanak istimewa dirai majlis lawatan amal ke institusi kebajikan

Read Time:1 Minute, 33 Second

Beaufort : Seramai 105 murid dan kanak-kanak istimewa diraikan pada Majlis Lawatan Amal Ke Institusi Kebajikan sempena Majlis Lawatan Amal Ulang Tahun Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Peringkat Negeri 2024.

Pada majlis itu, Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni turut menyampaikan sumbangan tunai kepada murid dan kanak-kanak istimewa daripada Sekolah Kebangsaan Pekan Beaufort, Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort 1, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Beaufort dan PPDK Sinar Kasih.

Sumbangan khas yang disampaikan di Dewan Mohd Dun Banir itu adalah daripada Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri-isteri Wakil Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Sabah, di sini semalam.

Terdahulu, Pegawai Daerah Beaufort, Mohd Nazri Ajun ketika berucap berkata, program tahunan anjuran Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am itu bertujuan meraikan golongan orang kurang upaya serta kanak-kanak daif yang memerlukan bantuan sempena Ulang Tahun Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Peringkat Negeri Sabah.

Katanya, lawatan amal pada tahun ini dimulai dengan Majlis Ziarah Kasih kepada insan-insan istimewa di Taman Didikan Asuhan Kanak-kanak Kurang Upaya (TDKKU) Beaufort dan diakhiri dengan Majlis Jamuan Kasih bersama-sama murid dan kanak-kanak khas daripada pelbagai institusi kebajikan serta pendidikan.

Majlis tersebut turut dihadiri isteri Ketua Menteri merangkap Yang di-Pertua MUTIARA GRS Datin Seri Juliah Salag, isteri Timbalan Ketua Menteri III merangkap Naib Yang di-Pertua MUTIARA GRS Datin Dayang Siti Noor Hayyat Awang Mohd Saufi dan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah, Datin Seri Datuk Dr. Nuinda Alias.

Hadir sama Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Lumadan, Datuk Ruslan Muharam, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah merangkap Pengerusi Induk Majlis Lawatan Amal Ulang Tahun Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Peringkat Negeri 2024 Jais Asri, Pegawai Daerah Beaufort Mohd Nazri Ajun dan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Beaufort Dayang Hanim Awang Basir.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Food Fest inisiatif UMS libat industri dalam tingkatkan produk inovatif makanan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular