HomeUtamaDua tahanan KPDN melarikan diri, berjaya diberkas semula

Dua tahanan KPDN melarikan diri, berjaya diberkas semula

Read Time:1 Minute, 40 Second

SEMPORNA: Dua tahanan yang melarikan diri dari tahanan pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pekan Semporna telah berjaya ditangkap semula oleh polis dalam dua operasi yang dijalankan di sini pada Khamis (27 Jun).

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, dua suspek yang melarikan diri itu telah ditangkap semula dalam dua operasi yang berasingan pada hari sama 27 Jun semalam.

“Op Tutup dan Op Kesan telah dilancar oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna berjaya menemukan seorang suspek pertama warga asing dalam keadaan terbaring dan sedang tidur serta tangan kanan masih bergari di kawasan semak berhampiran Dewan Masyarakat Semporna.

“Ketika tangkapan dibuat suspek bertindak agresif dan cuba untuk melarikan diri hasil pemeriksaan di kawasan sekitar turut menjumpai sehelai seluar lokap polis warna ungu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Farhan berkata, pada hari yang sama jam lebih kurang 4 petang atas maklumat orang awam, sepasukan pegawai dan anggota polis telah pergi ke sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Mesra Sri Jaya, Semporna.

“Hasil pemeriksaan didalam rumah tersebut telah menjumpai suspek kedua iaitu seorang lelaki warga tempatan berumur lebih kurang 30 tahun dan turut merampas sehelai seluar lokap berwarna ungu daripada suspek.

“Pemeriksaan air kencing mendapati, salah seorang suspek warga tempatan positif dadah jenis methampithamine.

“Kedua-dua suspek tersebut ditangkap dan disiasat dibawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman dua tahun penjara, denda atau kedua dua sekali dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukan denda sehingga RM5,000.00 atau hukuman penjara sehingga dua tahun dan sehingga tiga tahun pengawasan polis,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu, Mohd Farhan mengucapkan terima kasih atas kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat tentang tahanan yang melarikan diri kepada pihak IPD Semporna sehingga tertangkap kesemua suspek tersebut dalam masa lebih kurang tiga jam.

“Sekiranya orang awam mempunyai sebarang maklumat berhubung kes tersebut boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Adham Ramli di talian 011-10145004 atau 089-782020,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Banjir : Bayi lapan bulan berjaya diselamatkan APM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular