HomeUtamaKerajaan giat laksana program ganti paip baharu, elak risiko paip pecah

Kerajaan giat laksana program ganti paip baharu, elak risiko paip pecah

Read Time:1 Minute, 58 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PUTATAN: Kerajaan kini sedang giat melaksanakan program menggantikan saluran paip lama kepada paip baharu di beberapa kawasan yang dikenal pasti bagi mengelak kejadian paip pecah dan gangguan bekalan air di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, ada beberapa tempat yang mempunyai paip berusia lebih 30- 50 tahun berisiko mengalami paip pecah.

“Kita mempunyai jumlah panjang paip yang ada adalah lebih 1,500 kilometer, ini termasuk paip lama dan paip baharu.

“Justeru, ada di beberapa tempat seperti di Papar, Sandakan dan bandar-bandar lain yang mana paip-paipnya sudah lebih 30 – 50 tahun yang mempunyai risiko pecah dan tersasar itu ada terjadi, namun kejadian ini dipantau oleh jurutera-jurutera air daerah masing-masing,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Pelajar Cemerlang SPM 2023 bagi sekolah-sekolah dalam Parlimen Putatan di sini hari ini.

Ditanya mengenai status terkini bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Shahelmey berkata, setakat bulan Jun ini operasi pemotongan sambungan air haram yang telah dilaksanakan di penempatan setinggan khususnya di sekitar Sepanggar telah dapat menstabilkan bekalan air masuk ke tangki di UMS.

“Namun demikian, ia perlu terus dipantau dan dilakukan kerana apa yang telah kita alami pada tahun ini dan juga tahun-tahun sebelumnya, selepas pemotongan dibuat dalam beberapa jangka waktu akan terus dibuat sambungan semula.

“Jadi inilah antara cabaran-cabaran yang kita hadapi dan kita mencari mekanisme bagaimana untuk meminimakan keadaan ini,” jelasnya.

Sementara itu, seramai 35 pelajar cemerlang bekas calon SPM 2023 yang telah mendapat keputusan terbaik iaitu 8A, 9A dan 10A dirai dalam satu majlis yang dianjurkan oleh Pejabat Parlimen Putatan.

Shahelmey (duduk tengah) merakamkan gambar bersama pelajar -pelajar cemerlang SPM 2023 bagi kawasan Parlimen Putatan di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan turut menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar cemerlang berkenaan.

“Kita mengadakan majlis ini untuk memberi pengiktirafan ke atas pencapaian yang cemerlang yang telah mereka perolehi dengan harapan bahawa kecemerlangan itu akan dapat dibawa ke peringkat pengajian tinggi tetapu dalam kerjaya dan kehidupan mereka kelak.

“Ianya diharap menjadi suntikan semangat supaya mereka terus berprestasi cemerlang dan juga akan menjadi dorongan dan ikutan ataupun motivasi kepada pelajar-pelajar muda yang lain.

“Ini juga merupakan salah satu usaha terhadap insiatif pembangunan modal insan Sabah Maju Jaya yang kita tetapkan di bawah hala tuju Sabah Maju Jaya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Banjir : 10 buah sekolah ditutup

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular