HomeIsu tempatanYNJ serah sumbangan kepada 30 saudara baru, asnaf HCF KK

YNJ serah sumbangan kepada 30 saudara baru, asnaf HCF KK

Read Time:47 Second

Kota Kinabalu : Seramai 30 saudara baru dan dua asnaf dari Hidayah Centre Foundation (HCF) Cawangan Kota Kinabalu menerima sumbangan Yayasan Nur Jauhar (YNJ).

Penyampaian sumbangan disempurnakan Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang juga Penasihat YNJ.

Ketua Operasi Wilayah Sabah HCF, Ustaz Mohd Zulazrie Dahim Dan berkata, pihaknya memberi fokus kepada penerapan ilmu agama serta pendidikan Islam kepada mualaf.

“Elemen paling penting yang perlu diterapkan dalam diri saudara baru ialah mendalami ilmu agama dan  memberi pendidikan tentang Islam kepada para mualaf.

“Antara aktiviti HCF yang telah dilaksanakan untuk menambah ilmu pengetahuan  mereka ialah dengan mengadakan program iftar pada bulan Ramadhan dan program korban khas baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada 30 Muallaf HCF di Istana Seri Kinabalu.

HCF  telah beroperasi sejak 2018 mempunyai lapan cawangan di seluruh Sabah  iaitu  Kota Kinabalu, Papar, Bundu Tuhan, Keningau, Kota Marudu, Pagalongan, Beluran dan Labuan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

SMK St Joseph rangkul juara sketsa muzikal kepenggunaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular