HomeSukan100 pemain golf dijangka sertai Kejohanan Golf Domestik Kuala Penyu

100 pemain golf dijangka sertai Kejohanan Golf Domestik Kuala Penyu

Read Time:1 Minute, 31 Second

Kota Kinabalu: Kejohanan golf domestik Kuala Penyu yang dijadualkan berlangsung pada penghujung September depan dilihat mampu menjadi medan kepada kolaborasi antara kelab-kelab golf amatur di negeri ini.

Presiden Kuala Penyu Golf and Country Club (KPGCC) Tan Sri Wences Angang berkata, kejohanan yang bakal diadakan pada 26 September itu menyasarkan lebih 100 pemain golf tempatan bagi menggalas cabaran pada kejohnan itu.

“Inisatif kita lebih terarah untuk aktiviti tahunan di mana lebih 60 pemain telahpun mendaftar sebagai ahli di KPGCC bermula awal tahun ini.

“Selain itu, kutipan penganjuran ini sedikit sebanyak boleh membantu menambah tabung kelab ini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat kelab itu di sini.

Wences berkata,  kejohanan itu dijangka akan berlangsung di Nexus Golf Resort Karambunai dan Dalit Bay Golf & Country Club.

Katanya, KPGCC akan menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk hadiah untuk pukulan ‘hole in one’ namun akan diputuskan dalam mesyuarat akan datang.

Sementara itu, Wences berkata, cadangan membangunkan lapangan golf pertama di Kuala Penyu itu turut mendapat sokongan  Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) sebagai industri pelancongan golf amatur dan luar negara.

” Kami baru sahaja mendapat kelulusan kerajaan untuk tapak lapangan golf tersebut seluas 107 ekar di Bukit Nuri dekat Menumbok dan ia bakal dibina dalam tempoh lima tahun.

“Sasaran awal kami sekarang adalah membina terlebih dahulu ‘club house’ dan golf driving range (lapangan latihan golf),” katanya.

Setakat ini, terdapat dua pelabur tempatan telah menyatakan minat untuk membangunkan lapangan golf berstatus 18 lubang itu.

Menurut Wences lokasi lapangan ini cukup ideal terletak di pesisir pantai yang berhadapan dengan Pulau Labuan.

Kewujudan lapangan golf ini amat persesuaian kerana ia dibina bersebelahan dengan hotel antarabangsa bertaraf 5 bintang iaitu Club Med yang kini sedang dalam proses pembinaan.

Pembinaan pertama lapangan golf ini dijangka mengubah landskap Kuala Penyu sebagai promosi pelancongan golf yang terpenting di rantau Asia Pasifik. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

280 peserta sertai ‘Tropical Rainforest Run 2024’ Ahad ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular