HomeIsu tempatanEksesais Malindo Jaya mampu perkukuh hubungan TLDM, TNI-AL

Eksesais Malindo Jaya mampu perkukuh hubungan TLDM, TNI-AL

Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu : Eksesais Bilateral Malaysia-Indonesia Siri 27AB/24 (MALINDO JAYA 27AB/24) antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama Tentera Nasional Indonesia–Angkatan Laut (TNI- AL) mampu memperkukuh lagi hubungan kedua-dua pihak.

Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Muhammad Ruzelme Ahmad Fahimy berkata, eksesais yang dilaksanakan mulai 23 hingga 29 Jun itu dijalankan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu dan sekitar perairan Laut China Selatan.

“Aset TLDM terlibat adalah Kapal Diraja (KD) Selangor, KD Rencong dan pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM) manakala TNI-AL menghantar KRIFRANS KAISIEPO, KRISAMPARI dan sebuah helikopter AS565 Panther bagi pelaksanaan latihan ini.

“Sepanjang eksesais ini berlangsung, pelbagai siri latihan di pangkalan telah dilaksanakan diantaranya adalah Table Top Exercise dan Perbincangan Pegawai Operasi. Latihan di laut pula merangkumi pelbagai aspek peperangan konvensional dan juga keselamatan maritim,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas merasmikan eksesais itu.

Perasmian turut disaksikan Kepala Staf Komando Armada II (KASKOARMADA II), Laksamana Pertama Isswarto TNI- AL pada 24 Jun 2024.

Upacara penutup telah disempurnakan Wakil Direktor Latihan pada hari ini.

Selain daripada aktiviti- aktiviti eksesais, kedua- dua angkatan laut juga telah mengukuhkan ukhwah melalui aktiviti sukan dan sosial. 

Aktiviti sosial yang telah  dilaksanakan  adalah  Majlis Makan Malam Rasmi MALINDO anjuran TLDM dan Majlis Resepsi anjuran TNI- AL.

Eksesais MALINDO JAYA 27AB/24 telah berjaya mengeratkan hubungan silaturahim serta meningkatkan kerjasama dan interoperabiliti TLDM dan TNI- AL. 

TLDM merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak TNI- AL di atas kerjasama serta komitmen yang dipamerkan bagi menjayakan eksesais. – SABAH MEDIA / FOTO TLDM

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Jadikan Sipitang sebagai sebuah daerah indah, bersih untuk dikunjungi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular