HomeUtamaHQE terima sumbangan kerusi roda light duty & printer dot matrix dari...

HQE terima sumbangan kerusi roda light duty & printer dot matrix dari ALPH

Read Time:2 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) Hospital Queen Elizabeth telah melaksanakan satu inisiatif murni dalam usaha mereka memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan tempatan dengan menyumbangkan sebanyak 50 buah kerusi roda light duty dan dua buah printer dot matrix jenama Canon kepada Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Majlis penyerahan sumbangan ini berlangsung pada jam 2:30 petang kelmarin (28 Jun) di lobi HQE , menandakan komitmen yang berterusan dari kedua-dua pihak dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada komuniti.

Kerusi roda light duty yang disumbangkan ini direka khusus untuk kegunaan intensif dan akan diagihkan ke klinik-klinik pakar di HQE yang diselia oleh Unit Penolong Pegawai Perubatan.

Sumbangan ini dijangka akan meningkatkan mobiliti dan aksesibiliti pesakit, memastikan mereka menerima penjagaan yang optimum.

Di samping itu, printer dot matrix jenama Canon yang disumbangkan akan digunakan oleh Unit Hasil untuk memperkemas dan memudahkan pengurusan kutipan hasil, sekaligus meningkatkan kecekapan operasi hospital.

Majlis penyerahan ini disempurnakan oleh Dr. William Gotulis, Pengarah Hospital Queen Elizabeth.

Majlis ini juga turut disaksikan oleh Jackson Taguah, Timbalan Pengarah Pengurusan, dan Jaclyn Gonduman, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Khidmat Pengurusan bersama-sama dengan kakitangan pengurusan hospital yang lain.

Sumbangan telah diserahkan oleh Joseph Alex Chang, Pengerusi ALPH sesi tahun 2023 hingga 2026, disertai oleh Prisila Molison, Bendahari ALPH.

Ahli-ahli ALPH yang turut hadir sama adalah Datuk Richard Chua Kim Yin, Esther Liew, Lo Lie Lin, Sabli Rahim, dan Foziah Katong.

Sementara itu, Joseph Alex Chang, selaku Pengerusi ALPH, telah menyatakan komitmen kukuh organisasinya untuk menyokong perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan komuniti.

“Kami amat berbangga dapat menyumbang kepada HQE dan membantu dalam memberikan penjagaan yang lebih baik kepada pesakit.

“Kami yakin bahawa kerusi roda dan printer ini akan memberi kemudahan yang signifikan kepada pesakit dan mempertingkatkan operasi harian hospital, sekali gus meningkatkan kepuasan keseluruhan pesakit di HQE,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dr. William Gotulis, bagi pihak HQE, mengucapkan terima kasih atas sumbangan bermakna ini.

“Sumbangan daripada ALPH ini amat kami hargai dan kami yakin bahawa ia akan meningkatkan kualiti perkhidmatan perawatan yang kami salurkan kepada pesakit-pesakit di HQE.

“Majlis ini bukan sahaja menandakan sumbangan fizikal malah menjadi simbolik kepada sokongan dan kerjasama yang berterusan di antara ALPH dan HQE dalam usaha kami meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan di HQE, yang merupakan pusat rujukan utama di seluruh negeri Sabah.

“Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat memberi manfaat yang besar kepada pesakit di Hospital Queen Elizabeth.

“Pihak Pengurusan Hospital berharap agar kerjasama erat antara Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) dan Hospital Queen Elizabeth (HQE) akan terus diperkukuh, demi mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan perawatan di hospital ini,” tambah beliau.

RELATED ARTICLES
Utama

Gagasan Rakyat Kuamut sertai misi bantuan mangsa banjir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular