HomeUtamaKerajaan teruskan program pelepasan benih hasil laut

Kerajaan teruskan program pelepasan benih hasil laut

Read Time:1 Minute, 37 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan akan meneruskan  program pelepasan benih hasil laut sebagai usaha pemuliharaan sumber perikanan pantai dengan peruntukan RM400,000 pada tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan berkata bagi memulakan program tersebut, perairan Bandaraya Kota Kinabalu menjadi lokasi pertama pelepasan 10,000 ekor benih Siakap (Baramundi).

“Selain itu, 11 daerah pesisir pantai telah dipilih bagi program tersebut melibatkan pelepasan benih ikan Siakap (30,000 ekor), Timun Laut (10,000 ekor), Siput Sudu (2,000 kilogram) dan sejuta ekor Udang Harimau.

“Program pelepasan benih diharapkan dapat terus melestarikan sumber perikanan perairan pantai dan sungai di Sabah di samping dapat meningkatkan biomass dan biodiversiti perikanan melalui pengkayaan sumber serta pemuliharaan ekosistem.

“Pada tahun 2024 disasarkan 50,000 ekor ikan air tawar pelbagai spesies akan dilepaskan di perairan sungai yang telah dikenalpasti seluruh Sabah, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Pelepasan Benih Ikan Siakap 2024, di sini hari ini.

Jeffrey  yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata Jabatan Perikanan Sabah di bawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI), program Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dan Inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) melalui salah satu programnya memberi tumpuan kepada pemuliharaan sumber perikanan pantai.

“Program ini untuk meningkatkan stok ikan bagi menjamin bekalan protein dari sumber ikan sentiasa mencukupi kepada rakyat selain memastikan industri perikanan terus memberi sumbangan signifikan kepada Keluaran Dalam Negeri (KDN).

“Ini turut memberi impak dan manfaat kepada nelayan dan golongan sasar yang terdiri daripada  masyarakat luar bandar, pulau serta pedalaman bagi mendapatkan sumber protein murah dan meningkatkan pendapatan juga sosioekonomi,” katanya.

Sementara itu Pengarah Perikanan Sabah Azhar Kassim berkata berkaitan isu penangkapan ikan secara haram, Jawatankuasa Membanteras Pengeboman Ikan akan diaktifkan semula bagi mengekang kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 itu.

“Sebenarnya kita baru sahaja selesai operasi seluruh Sabah (laut dan darat) bersama pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan memang agak serius di kawasan Pantai Timur,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Penari cilik Sabah bersinar di Tarian Piala Dunia, bawa pulang 3...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular