HomeSukanKPT yakin kontinjen negara mampu lepasi sasaran pingat pada AUG

KPT yakin kontinjen negara mampu lepasi sasaran pingat pada AUG

Read Time:1 Minute, 14 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yakin kontinjen mewakili negara pada Sukan Universiti Asean (AUG) yang berlangsung di Surabaya Indonesia mampu mencapai sasaran pingat pada kejohanan yang bermula 25 Jun lalu.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, sasaran untuk membawa pulang 35 pingat emas pada kejohanan itu diyakini mampu dicapai berdasarkan semangat dan atlet yang bertanding.

“Pada AUG kali ini, seramai 262 atlet kita akan menyertai beberapa acara dan lebih kurang 100 pegawai termasuk pegawai perubatan turut serta.  Setakat semalam, kita telah mencapai 10 pingat emas; sembilan perak dan 15 gangsa.

“Ini adalah pencapaian yang agak baik dan sebenarnya sasaran kita adalah 35 pingat emas untuk kejohanan pada kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Madani Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 Parlimen Sepanggar di sini hari ini.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, kejohanan itu amat penting apabila Malaysia bakal menjadi tuan rumah AUG pada 2026.

“Jadi ini adalah persediaan awal kita sendiri dan juga pegawau-pegawai kementerian datang ke Surabaya untuk melihat sendiri bagaimana penganjuran ini dibuat dan kita serba sedikit dapat buat ‘BenchMarking’ untuk menilai  dan bawa pada penganjuran pada 2026.

“Justeru kita harap ini adalah satu permulaan yang baik kepada atlet kita dan memberi pelajaran kepada kita untuk bagaimana penganjuran yang kita dapat buat nanti,” katanya.

Untuk rekod, kontinjen negara meraih 49 pingat emas; 83 perak dan 52 gangsa dalam temasya AUG di Ubon Ratchathani Thailand pada 2022. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala Malaysia : Perlawanan ini sangat penting – Martin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular