HomeUtamaSegera buat rayuan, elak tercicir ke Universiti Awam

Segera buat rayuan, elak tercicir ke Universiti Awam

Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Pelajar khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang belum menerima tawaran kemasukan ke Universiti Awam (UA) atau tawaran tidak bersesuaian diminta untuk segera membuat rayuan.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, proses rayuan menerusi UPUOnline kini dibuka selama 10 hari bermula semalam sehingga 7 Julai depan.

“Mana-mana pelajar yang belum lagi menerima tawaran atau mungkin tawarannya tidak bersesuaian, bolehlah maklumkan kepada kita khususnya bagi Parlimen Sepanggar, kita akan cuba bantu.

“Selain itu, proses rayuan juga telah dibuka selama 10 hari bermula 28 Jun sehingga 7 Julai ini, jadi mana-mana ibu bapa atau pelajar yang menghadapi masalah atau belum menerima tawaran, maklumkan kami untuk dibantu dimana mereka boleh disesuaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Madani Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 Parlimen Sepanggar di sini hari ini.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, pihaknya khususnya di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa membuka ruang kepada semua Ahli Parlimen untuk membawa mana-mana kes pelajar yang tercicir untuk kemasukan ke UA.

“Sebenarnya ramai ibu bapa yang menghantar terus kepada saya untuk minta bantuan, jadi mana yang kita boleh bantu, kita akan bantu.

“Walaupun tidak ke Pejabat Parlimen kita, mereka juga boleh hubungi Ahli Parlimen masing-masing dan kita di KPT sentiasa terbuka untuk membantu,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Banjir Sabah : Mangsa dipindahkan ke PPS terus meningkat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular