HomeUtamaSinyi Group sumbang lori dan bas untuk kegunaan Parlimen Papar

Sinyi Group sumbang lori dan bas untuk kegunaan Parlimen Papar

Read Time:1 Minute, 54 Second

PAPAR: Sinyi Group menyampaikan sumbangan sebuah bas dan sebuah lori untuk kegunaan Pejabat Pendidikan Daerah Papar dan Pejabat Parlimen Papar.

Majlis penyampaian sumbangan disaksikan Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali di sini, hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar, Pegawai Daerah Papar, Mohd Fuad Abdullah dan Pengarah Sinyi Group, Howard Chou.

Armizan berkata, sumbangan berupa bas untuk kegunaan Pejabat Pendidikan Daerah Papar dan sebuah lori untuk kegunaan menyalurkan bekalan air dan bantuan-bantuan lain sepanjang bencana yang diperlukan oleh masyarakat Papar.

“Kedua-dua sumbangan ini menunjukkan komitmen yang telah dilahirkan oleh Sinyi Group semasa majlis pecah tanah pembinaan sebuah resort yang dibangunkan di Melinsung, Papar pada 22 Nov 2023.

“Alhamdulillah kedua-dua sumbangan tersebut akan diserahkan secara rasmi kepada Pejabat Pendidikan Daerah Papar dan Pejabat Parlimen Papar,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Program Penyerahan Lori dan Bas daripada Sinyi Group di sini, hari ini.

Armizan turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Sinyi Group atas komitmen yang diberi.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Sinyi Group atas komitmen ini dan inilah antara manfaat apabila adanya pelabur luar ataupun tempatan datang melabur di Sabah termasuk di Papar ini.

“Bukan hanya pelaburan itu membangunkan kawasan berkenaan tetapi ada kesan khususnya kepada masyarakat setempat dari segi sosial ekonomi dan juga melalui sumbangan-sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang diberikan oleh pihak pelabur.

“Sinyi telah menunjukkan komitmen mereka untuk bersama-sama dengan masyarakat Papar sungguhpun resort itu belum lagi siap sedang dalam pembinaan, difahamkan sekarang status progres dijangka siap 12 peratus dan siap dalam tahun 2027 namun Sinyi telah memulakan sumbangan mereka.

“Dalam masa sama Sinyi juga mempunyai tanah di Pulau Mengalum yang mana mereka membuat usaha yang baik di sana, untuk pemuliharaan memastikan penyu-penyu terperlihara dan terus dijaga sekali gus memastikan biodiversiti kita itu dapat dikekalkan,” katanya.

Selain sumber utama alam semulajadi menjadi tarikan pelabur ke negeri ini, Armizan turut menekankan tiga faktor utama iaitu isu air, elektrik dan jalanraya perlu diselesaikan segera.

“Antara faktor menarik pelabur di negeri Sabah selain sumber utama iaitu keindahan alam semulajadinya, antara lain kesediaan kita dalam infrasruktur atas sebab itu dengan komitmen dan hala tuju negeri Sabah khususnya dengan bantuan kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan isu paling penting iaitu tiga isu air, elektrik dan jalanraya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Penari cilik Sabah bersinar di Tarian Piala Dunia, bawa pulang 3...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular