HomeUtamaSyor guna 'fleet card' Sabah dan Sarawak untuk subsidi diesel - Armizan

Syor guna ‘fleet card’ Sabah dan Sarawak untuk subsidi diesel – Armizan

Read Time:2 Minute, 7 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali mengesyorkan kemungkinan penggunaan fleet card (Diesel Bersubsidi) disyaratkan walaupun belum ada penyasaran subsidi diesel dilaksanakan di Sabah dan Sarawak.

“Saya ingin jelaskan apa rasional Kerajaan Persekutuan memutuskan tidak melaksanakan penyasaran diesel di Sabah dan Sarawak itu sekarang kerana kita tidak mahu tergesa-gesa, penyasaran semula diesel ini adalah satu perubahan cukup besar.

“Itu sebabnya kita buat secara berperingkat kita lihat di Semenanjung Malaysia pelaksanaannya dan kita tambah baik mana-mana perkara yang perlu diperbaiki jadi walaupun pengumuman ini dalam pembentangan Belanjawan 2024 tahun lepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah umumkan namun Jun baru kita laksanakan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Program Penyerahan Lori dan Bas daripada Sinyi Group di sini, hari ini.

Menurut Armizan, Perdana Menteri (PM) juga telah menegaskan supaya pihak kerajaan mengambil pendekatan untuk memastikan isu ketirisan penyelewengan dan penyeludupan diesel di Sabah dan Sarawak serta Labuan sebelum penyasaran dilaksanakan.

‘PM telah menegaskan supaya kita ambil pendekatan untuk memastikan kita dapat menanggani isu ktirisan penyelewengan dan penyeludupan diesel di Sabah dan Sarawak dan juga Labuan sebelum penyasaran dilaksanakan.

“Justeru, kita telah mengadakan bengkel yang melibatkan semua agensi di Sabah dan selepas ini dalam bulan depan saya akan turun ke Sarawak untuk bengkel yang sama di peringkat awal ini. Kita melihat bagaimana kita menambah baik prosedur operasi standard (SOP) peraturan untuk memastikan kita dapat menyelesaikan isu ini.

“Antara syornya tapi kita belum putuskan walaupun tiada penyasaran subsidi diesel di Sabah dan Sarawak ada juga yang berpendapat sub sektor tertentu mungkin kita syaratkan penggunaan fleet card juga.

“Kita sedang pertimbang, perhalusi apa juga pendekatan supaya kita dapat tangani isu ketirisan dan penyelewengan penyeludupan diesel di Sabah dan Sarawak, namun saya ingin jelaskan teras kepada keputusan itu bukanlah pertimbangan politik sempit tetapi untuk kepentingan rakyat,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap tidak ada mana-mana pihak cuba mempolitikkan keputusan yang telah dibuat kerajaan mengenai Sabah dan Sarawak dikecualikan dalam pelaksanaan penyasaran subsidi diesel baru-baru ini.

“Antara faktor keadaan geografi dan infra jalanraya Sabah dan Sarawak penggunaan diesel sangat tinggi, di Sabah sebahagian besar ramai yang menggunakan diesel bukan sebab kehendak mereka tetapi keperluan,” katanya.

Armizan turut memaklumkan subsidi diesel sebelum ini pada tahun 2023 kerajaan membelanjakan RM14 bilion subsidi diesel untuk seluruh negara.

“Manakala di Sabah dan Sarawak pada tahun lepas dan kita sasarkan bajet yang sama pada tahun ini bajetnya adalah RM3.6 bilion untuk penyasaran diesel Sabah dan Sarawak, jadi bantuan daripada Kerajaan Persekutuan kepada Sabah dan Sarawak adalah tinggi,” jelas beliau lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

Banjir Sabah : Semua PPS ditutup sepenuhnya petang ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular