HomeUtamaTiga pekerja maut, empat cedera parah, jentera traktor dinaiki jatuh gaung

Tiga pekerja maut, empat cedera parah, jentera traktor dinaiki jatuh gaung

Read Time:1 Minute, 0 Second

BELURAN : Tiga pekerja maut manakala empat lagi mengalami cedera parah selepas jentera traktor ladang yang dinaiki terlibat kemalangan terjatuh ke dalam gaung di sebuah ladang kawasan jalan Sapi Nangoh dekat sini awal pagi kelmarin (29 Jun).

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Hasan Majid berkata, pihaknya menerima maklumat kemalangan telah berlaku pada jam 6.00 pagi pada Jumaat di sebuah ladang dalam kawasan jalan Sapi Nangoh Daerah Beluran.

“Kemalangan melibatkan tujuh orang mangsa warganegara asing yang juga pekerja di sebuah ladang di kawasan tersebut.

“Dalam kejadian sebuah jentera jenis farm tractor (traktor ladang) telah hilang kawalan dan jatuh ke dalam gaung, mengakibatkan mangsa seorang lelaki warganegara Indonesia berumur 28 tahun dan dua perempuan berumur 28 dan 42 tahun warganegara Filipina telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Manakala empat mangsa lain iaitu, tiga perempuan masing-masing berumur 22, 26 dan 45 tahun warganegara Filipina serta seorang lelaki berumur 29 tahun warganegara Indonesia yang juga pemandu jentera mengalami cedera parah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Hasan, hasil siasatan awal, semasa jentera melalui jalan curam pemandu gagal mengawal jentera mengakibatkan traktor , hilang kawalan dan terus menjunam ke dalam curam.

“Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Siasatan masih diteruskan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Musim hujan: Semua pihak berkuasa tempatan diarah bersiap siaga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular