HomeIsu tempatanUMS anjur persidangan ISEE-AWPC, ISES AC-2024

UMS anjur persidangan ISEE-AWPC, ISES AC-2024

Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu : Kira-kira 500 peserta menyertai Joint Conference of the International Society of Environmental Epidemiology Asia and Western Pacific Chapter (ISEE-AWPC) and the International Society for Exposure Science Asia Chapter (ISES-AC) 2024 anjuran Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS), baru-baru ini. 

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk. Dr. Kasim Mansor berkata penganjuran persidangan tersebut adalah penting dan bertepatan dengan keperluan masa kini untuk membincangkan tentang perubahan iklim yang melanda dunia. 

Katanya, walaupun cabaran dalam perubahan iklim adalah sangat besar, namun ia juga memberi ruang kerjasama silang disiplin dalam inovasi untuk menyelesaikannya. 

“Tahun ini amat istimewa kerana UMS menyambut ulang tahun penubuhan ke-30. Kami berpegang kepada prinsip “mengakar citra ilmu, melangit tamadun bangsa” yang mencerminkan komitmen UMS yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan, inovasi dan kewarganegaraan global.

“Justeru, saya yakin penganjuran persidangan ini akan memberi hasil yang dapat mempengaruhi penggubalan dasar dan memberi inspirasi kepada tindakan di semua peringkat masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikan ketika merasmikan persidangan tersebut. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Dekan FPSK, Datuk Mohd Yusof Ibrahim. 

Kasim turut mempelawa semua ahli akademik dan profesional untuk meneroka peluang pengajian dan kerjasama dengan UMS. 

“Kami komited untuk mengembangkan asas pengetahuan kami, memupuk penyelesaian inovatif dan bekerjasama dengan institusi di seluruh dunia untuk mengurangkan kesan perubahan iklim. 

“Maka, kami mengalu-alukan pelajar dan penyelidik dari seluruh dunia untuk menyertai kami dalam misi penting ini,” katanya. 

Turut hadir, Pengerusi Persidangan ISEE-AWPC dan ISES-AC. Dr. Zulkhairul Naim Sidek Ahmad; Presiden MySEE, Dr. Norlen Mohamed; Presiden ISEE, Profesor Dr. Nelson Gouveia dan Ketua Pegawai Penyelidik Institute for Development Studies (IDS), Richard T. Koh.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Siswa UMS santuni komuniti kampung di Tambunan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular