HomeUtamaBanjir : Bayi lapan bulan berjaya diselamatkan APM

Banjir : Bayi lapan bulan berjaya diselamatkan APM

Read Time:42 Second

Kota Kinabalu : Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Kota Kinabalu berjaya membantu mengeluarkan seorang bayi berusia lapan bulan yang terperangkap di rumah mereka di Kampung Rampayan di sini pada jam 7.45 malam tadi.

APM Sabah dalam satu hantaran di Facebook rasminya berkata, selain bayi berusia lapan bulan, turut diselamatkan dua orang dewasa yang turut terperangkap selepas rumah dilanda banjir.

“APM Daerah Kota Kinabalu dengan kekuatan dua orang pegawai, sembilan orang LLP telah berjaya mengeluarkan dua orang dewasa dan bayi berusia lapan bulan yang terperangkap dalam bencana banjir di rumah mereka pada jam 7.45 malam tadi. 

“Orang ramai dinasihati untuk sentiasa peka dan berwaspada dengan keadaan sekeliling,” menurut kenyataan itu di sini.

APM turut menasihati agar orang ramai sentiasa patuh pada arahan daripada anggota penyelamat. – SABAH MEDIA / FOTO APM

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa berjaya bangunkan ekonomi Sabah – Arif Sakaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular