HomeUtamaBanjir : Sebuah PPS dibuka di Penampang

Banjir : Sebuah PPS dibuka di Penampang

Read Time:41 Second

Kota Kinabalu : Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Dewan Kebudayaan Penampang akibat banjir yang berlaku di daerah itu sejak petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencan Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, mangsa yang dipindahkan itu adalah melibatkan sebuah ketua isi rumah (KIR).

“Setakat jam 8 malam tadi, seramai tiga mangsa melibatkan sebuah KIR telah dipindahkan ke PPS Dewan Kebudayaan Penampang.

“Jumlah itu melibatkan dua lelaki dan satu perempuan dewasa,” menurut kenyataan itu di sini malam ini.

Trend semasa banjir pada ketika ini adalah meningkat.

Hujan lebat di beberapa daerah di Sabah mengakibatkan kenaikan paras air dan menyebabkan kediaman di beberapa kawasan hostpot banjir telah menimpah.

Agensi penyelamat kini sedang membuat pemantauan di lokasi-lokasi hotspot di sekitar Kota Kinabalu, dan Penampang. 

Daerah Penampang kini diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir. – SABAH MEDIA / FOTO APM

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa berjaya bangunkan ekonomi Sabah – Arif Sakaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular