HomeUtamaSabah terus usaha laksana pelbagai program libatkan golongan belia

Sabah terus usaha laksana pelbagai program libatkan golongan belia

Read Time:2 Minute, 32 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Negeri terus berusaha melaksanakan pelbagai program belia membabitkan pembangunan kepimpinan dan kemahiran.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia adalah bagi memperkasakan golongan belia seperti yang dilakukan oleh negeri Sarawak dan negara jiran yang lain.

“Untuk tujuan itu, Kerajaan Sabah memperuntukkan sebanyak RM100.17 juta untuk perbelanjaan mengurus, pembangunan belia dan kemajuan sukan di Sabah pada tahun ini.

“Daripada jumlah itu sebanyak RM16.89 juta diperuntukkan untuk melaksanakan pelbagai program dan aktiviti kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan yang menjurus kepada pemerkasaan belia bagi mencapai kesejahteraan sosioekonomi sejajar dengan Dasar Belia Sabah (DBS),” katanya.

Beliau berkata demikian demikian pada Program Ship for Southeast Asian Youth Program (SSEAYP) Internasional Conference (SICO) BORNEO 2024 yang bertemakan Merekayasa: Trend Dan Wawasan Untuk Masa Hadapan (Shaping The Future: Trends And Insights For Tomorrow) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ellron Angin.

Hajiji berkata, pertumbuhan ekonomi yang positif melalui pembangunan belia memainkan peranan penting dalam kemajuan ekonomi di wilayah ini. Aspirasi dan pandangan belia penting bagi kerajaan merangka hala tuju di masa hadapan.

“Apa yang dirancang hari ini, akan diwarisi oleh belia-belia generasi akan datang kerana mereka merupakan pewaris yang bakal memikul tanggungjawab menerajui negara di masa hadapan.

“Belia merupakan golongan yang paling aktif dalam masyarakat dan bilangan mereka adalah hampir separuh daripada jumlah penduduk negara kita. Sejak kemerdekaan, belia negara turut berperanan dan menyumbang kepada proses pembinaan dan pembangunan negara. 

“Sumbangan ini meliputi pelbagai aspek termasuk dari segi politik, ekonomi, sosial, budaya dan pendidikan,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, belia juga perlu lebih berilmu dan berpengetahuan agar mereka mampu berdaya saing dengan rakan serantau mahupun sejagat. 

Justeru katanya, pendidikan hendaklah selaras dengan penghayatan yang kuat terhadap ajaran agama, memandangkan dunia hari ini lebih menjurus kepada kebejatan moral.

Beliau yakin belia pada masa kini sangat berpotensi dan mempunyai bakat semula jadi. 

“Di era globalisasi, mereka diperlukan untuk sama-sama membantu memperkembangkan ekonomi negara.

“Para belia yang cekap dan kreatif dalam hal pengurusan dan perusahaan amat membantu dalam mempelbagaikan sumber ekonomi negara. 

“Jika belia ingin cemerlang, mereka haruslah mampu berdikari sendiri tanpa perlu banyak bergantung kepada orang lain. Pembentukan negara di masa hadapan bergantung kepada diri belia sendiri untuk mencorak dan mewarnakannya,” katanya.

Dalam pada itu,Hajiji berkata, program SICO BORNEO 2024 merupakan pengiktirafan Kerajaan Negeri terhadap usaha dan kejayaan seluruh belia selaku tunjang pembangunan negeri dan negara, selain memberi peluang kepada belia dari Kepulauan Borneo untuk mendapatkan pendedahan, pengetahuan, perkongsian dan berdialog bersama para pemimpin di negeri ini.

Persidangan Antarabangsa SICO Borneo 2024 selama tita hari itu disertai oleh kira-kira 300 peserta dari Sabah, Sarawak, Brunei dan Indonesia merupakan persidangan pertama yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah bersama rakan strategik, KABESA Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, dengan sokongan SSEAYP International Malaysia (KABESA), khusus untuk belia di Borneo.

SICO Borneo telah diadaptasi daripada SICO 2023 dan berfungsi sebagai platform untuk peserta antarabangsa dan tempatan bertukar-tukar idea dan pengalaman serta membincangkan isu-isu semasa berkaitan pembangunan belia dan peluang yang tersedia untuk mereka. – SABAH MEDIA 

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular