HomeUtamaSESB laksana penutupan 'feeder' akibat banjir

SESB laksana penutupan ‘feeder’ akibat banjir

Read Time:1 Minute, 15 Second

Penampang : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) terpaksa melaksanakan penutupan ‘feeder’ di daerah ini berikutan banjir yang melanda sejak petang tadi 

SESB dalam satu kenyataan berkata, penutupan itu adalah tujuan untuk keselamatan orang awam dan pengguna.

“Beberapa ‘feeder’ terpaksa ditutup akibat banjir yang melanda daerah ini. Demi keselamatan anda, pengguna dinasihati agar tidak mendekati kawasan pepasangan SESB.

{“remix_data”:[],”remix_entry_point”:”challenges”,”source_tags”:[],”origin”:”unknown”,”total_draw_time”:0,”total_draw_actions”:0,”layers_used”:0,”brushes_used”:0,”photos_added”:0,”total_editor_actions”:{},”tools_used”:{},”is_sticker”:false,”edited_since_last_sticker_save”:false,”containsFTESticker”:false}

“SESB memohon maaf atas segala kesulitan dan menjangkakan ada sedikit kelewatan pembaikan bekalan kerana banyak laluan ditenggelami air atau keadaan banjir tidak membenarkan pihak SESB untuk lakukan pembaikan,” menurut kenyataan itu di sini petang tadi.

Antara kawasan terjejas akibat penutupan itu termasuklah kawasan Desa Hatchery, Kg Sugud, KgTampasak, Kg Markisa, Jln Lama Lok Kawi – Penampang, Kg Maang,  Kg Potuki, Pump House Kg Potuki, Pemancar Celcom Potuki, Kg Lok Kawi Baru dan Kg Tembovo.

Turut terjejas Pemancar Maxis Kg Tembovo, Jln Depot Peluru, Gudang Peluru Kem Lok Kawi, Kg Tembovo Lama, Pengkalan Tentera Darat Kem Lok Kawi, Sk Tembovo, Tmn Ketiau No.1,2,3,4 & 5, Lok Kawi Widlife Park, J Borneo Native Village (Jbnv) danPejabat Perhutanan Daerah Kota Kinabalu.

Selain itu, penutupan itu turut menjejaskan kawasan Taman Ketiau, Kg Pinapah Kondis dan sekitarnya.

Pihak SESB juga sedang dalam tindakan pembaikan dan seterusnya pemulihan bekalan secara berperingkat. – SABAH MEDIA 

RELATED ARTICLES
Utama

FCDO  jamin teliti permintaan Sabah tarik semula larangan perjalanan ke Pantai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular