HomeSukanSUKMA 2024 : Sabah sasar kedudukan ketiga terbaik

SUKMA 2024 : Sabah sasar kedudukan ketiga terbaik

Read Time:54 Second

Kota Kinabalu : Kontinjen Sabah menyasarkan untuk menduduki kedudukan ketiga terbaik keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang akan berlangsung mulai 17 hingga 24 Ogos depan.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Fairuz Renddan berkata, kontinjen Sabah masih menetapkan sasaran untuk mengutip 40 pingat emas pada temasya edisi ke-21 itu.

“Harapan kita untuk SUKMA kali ini, semua atlet dan juga pasukan dapat bersaing dengan bersungguh-sungguh.

“Apa yang paling penting, seperti mana yang dikatakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sebelum ini, kita akan menghantar pasukan terkuat untuk memenangi atau membuat kejutan di SUKMA Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui mengadakan lawatan ke kem latihan pasukan Futsal SUKMA Sabah di di sini.

Fairuz berkata, kontinjen Sabah dijangka memberikan saingan sengit kepada negeri-negeri lain termasuk tuan rumah Sarawak.

Berdasarkan rekod, kontinjen Sabah menduduki tempat keenam keseluruhan dengan meraih 30 emas, 29 perak dan 39 gangsa pada temasya SUKMA 2022 di Johor.

SUKMA ke-21 Sarawak 2024, ini menyaksikan 37 jenis sukan dipertandingkan membabitkan 488 acara dan menghimpunkan 12,619 atlet serta pegawai. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

34 pasukan jayakan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kuala Penyu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular