HomeUtamaBanjir : 10 buah sekolah ditutup

Banjir : 10 buah sekolah ditutup

Read Time:51 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 10 buah sekolah termasuk sebuah sekolah menengah terpaksa ditutup akibat banjir yang melanda di beberapa buah daerah di Sabah sejak petang semalam.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata, antara daerah terlibat adalah di Penampang; Papar; Sipitang dan Tuaran.

Katanya, sekolah yang ditutup itu turut melibatkan seramai 5,077 murid dan 307 orang guru setakat jam 8 pagi tadi.

“Antara sekolah yang terlibat di daerah Penampang adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sugut; SK St Theresa Inobong; SK Kibabaig; SK St Joseph; Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Yue Min dan Sekolah Menengah (SM) St Micheal.

“Manakala di Papar, sebuah sekolah ditutup iaitu di SK Kelatuan dan Sipitang melibatkan SJKC Sin Boon Sindumin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini,

Raisin berkata, bagi daerah Tuaran, dua buah sekolah di tutup antaranya di SK Kauluan dan SJKC Chung Hwa Tenghilan.

Katanya, semua sekolah yang ditutup adalah disebabkan paras air banjir yang semakin naik selain belum surut serta beberapa laluan tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular